Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

3 November 2015

Melangkah Ke Sekolah Menengah: Tips Untuk Murid Tahun 6

Salam semua!
Hari ini dijemput ke SK Sri Cheras, KL untuk menyampaikan ceramah berkenaan dengan kemasukan ke sekolah menengah untuk murid tahun 6. SK Sri Cheras antara feeder kepada SMK Cheras.


Saya menyampaikan taklimat untuk panduan murid tahun 6 yang mempunyai pelbagai emosi untuk melangkah ke sekolah menengah. Dari aktiviti lukisan gambaran diri, jelas menunjukkan murid ada yg menggambarkan dirinya berada di asrama dan sedang diarahkan oleh senior, ada yg melukis aktiviti sukan di padang dan sedang ditertawakan senior, ada yg melukis gambaran positif dirinya sebagai seorang pengawas yg masih lagi menjadi pengawas di sekolah menengah. Ada yg dikelilingi dengan kawan yg ramai.
Bagi murid darjah  6, 2 minggu pertama di sekolah menengah merupakan waktu yg sangat kritikal. Jika dalam 2 minggu ni ada emosi yg positif dan segalanya berjalan lancar, maka semangat ke sekolah akan positif. Namun demikian jika sebaliknya contohnya kawan baik bertukar ke sekolah lain, enggan ke sekolah menengah yg telah ditentukan oleh ibu bapa, terdapat kesulitan hingga menjejaskan mood dan semangat ke sekolah akan menurun. Oleh itu pentingnya setting minda terlebih dahulu sebelum orientasi di sekolah menengah bahawa alam menengah menyeronokkan walaupun mencabar! Ramai kakak dan abang yg baik dan memberi pertolongan. kawan kawan baru yang ramai.

Ada murid yg melangkah ke sekolah menengah dengan setting negatif. Murid ini akan mengalami masalah penyesuaian dari peringkat minggu orientasi lagi. Apabila ada ibu bapa yg masih menunggu anak dari awal hingga akhir, ada yang muka masam sepanjang hari sehinggalah masa untuk menentukan kelas lebih ramai yg mempunyai masalah coping. Antara kes yg pernah dikendalikan apabila anak memberikan pelbagai alasan dalam minggu pertama untuk ibu bapa menemani dan apabila ibu bapa sudah tidak dapat menemani, murid ini enggan masuk ke kelas. Dari sesi penerokaan me unjukkan murid ini beranggapan ada murid dalam kelasnya tidak menyukainya dan memandang semacam kepadanya. Ada juga yg memberi alasan kesihatan untuk tidak hadir ke sekolah kerana tidak mahu ke sekolah menengah yg ditentukan ibu bapanya kerana berpisah dgn kawa  Tetapi selama mana alasan itu boleh digunakan lalu.murid itu ke sekolah tapi di sekolah duduk di bilik rawatan atau.bilik kaunseling. Selepas beberapa hari dan ada kes yg seminggu lebih sesi kaunseling, barulah murid ini berani masuk ke kelas tanpa menangis. Strategi memujuk dan mengembalikan keyakinan dengan kerjasama ibu bapa adalah penting.

Panduan berikut untuk guru-guru kaunseling, ibu bapa dan murid yang akan melangkah ke sekolah menengah berdasarkan kes -kes kaunseling yang dikendalikan di sekolah menengah. Memandangkan saya posting sebagai guru kaunseling petang hampir 5 tahun dan menangani masalah murid sesi petang terutama 3 bulan pertama di sekolah menengah dan walaupun saya berada di sesi pagi, saya akan turun padang untuk meninjau anak buah menjalankan aktiviti suaikenal minggu orientasi dan membantu berbincang mengenai kes -kes murid ting 1. Isu yang dibincangkan terpakai di sekolah menengah harian biasa dan merupakan pendapat saya berdasarkan kepada latar belakang sekolah dan komunitinya.

Antara isu utama ialah:

1) Masalah masa
    Murid -murid Darjah 6 kebiasaanya ialah murid di sesi pagi dan disebelah petang menghadiri kelas agama. Oleh itu masa mereka agak penuh dari pukul 6.30 pagi hingga 6 petang. Sebaliknya apabila mereka melangkah ke sekolah menengah, majoriti sekolah di WPKL ialah disebelah petang bagi ting 1 dan sekolah agama tidak lagi dihadiri oleh murid sekolah menengah. Ini menyebabkan senggang masa yang panjang antara pukul 6.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Disinilah masa yang kritikal di mana mereka mudah terjebak dengan masalah sosial dan masalah disiplin. Ini kerana ibu bapa keluar bekerja di awal pagi dan meninggalkan rumah dalam keadaan anak di rumah menyebabkan mereka mudah mempercayai anak. ketika ini sama ada murid ke sekolah awal pagi untuk singgah ke rumah kawaan, atau ke siber cafe atau melepak di shopping complex memandangkan sekolah bermula pada pukul 1.10 tengah hari. Saban hari tabiat ini akan membawa kepada gejala ponteng sekolah kerana terbabas masa, Ada ibu bapa yang hanya sedar anak ponteng apabila dimaklumkan dengan surat amaran kerana baju sekolah anak sentiasa sahaja dibasuh setiap hari dan anak balik ke rumah pada pukul 7.00 malam - 7.30 malam dengan berpakaian sekolah. Dalam hal yang lain, duit belanja sekolah yang sepatutnya dibelanjakan sewaktu masa persekolahan telah dihabiskan sebelum masa persekolahan lagi menyebabkan murid rasa penat dan lapar serta tidak bermaya di sesi petang. 

2) Mata pelajaran yang banyak dengan kerja rumah yang banyak
Mata pelajaran yang banyak berbanding dengan darjah 6 menyebabkan murid rasa terbeban. Ini kerana subjek darjah 6 boleh dirujuk kepada ibu bapa tetapi silibus ting 1 menuntut ibu bapa juga membuat sedikit homework untuk mengajar anak. Malu bertanya dengan kawan kelas adalah perkara biasa dalam bulan pertama memandangkan murid dari pelbagai latar belakang sekolah rendah yang berbeza menyebabkan mereka malu untuk bertanya soalan jika tidak faham. Namun jika dibiarkan, murid hanyut dan merasakan semakin hari semakin sukar. Ini juga punca kenapa murid darjah 6 yang mendapat keputusan yang baik UPSR 3A 2B ke atas tetapi pada peperiksaan pertengahan tahun mendapat subjek keputusan yang C, D atau gagal dalam mata pelajaran.

3) Kurang komitmen ibu bapa terhadap anak di sekolah menengah
Apabila anak di sekolah rendah, guru akan memaklumkan apa sahaja melalui surat memo kepada ibu bapa yang perlu ditandatangani yang menunjukkan ibubapa membaca surat makluman tersebut atau ibu bapa sendiri akan bertanya kesahihan setiap program jika tiada bukti sesuatu program dijalankan. Berbeza di sekolah menengah, murid tidak suka mengambil surat makluman sekolah untuk ditunjukkan kepada ibu bapa kerana majoriti murid sekolah menengah ada trend tidak suka ibu bapa datang ke sekolah untuk menghadiri program. Ibu bapa juga sudah kurang bertanya perkembangan sekolah kepada anak -anak kerana beranggapan anak sudah besar dan boleh berurusan pengangkutan sendiri jika perlu datang awal ke sekolah atau ada program pada hari Sabtu. Berbeza dengan sekolah rendah, setiap pergerakan anak perlu diatur untuk dihantar atau dijemput. Bonding yang longgar ini menyebabkan peluang banyak dicipta untuk anak-anak mencipta alasan dengan memaklumkan kepada pihak sekolah ibu bapa tidak dapat hadir walhal ibu bapa tidak tahu tentang program dan ibu bapa percaya kepada makluman anak tanpa menelefon pihak sekolah.

4) Pengaruh rakan sebaya
Murid tingkatan 1 adalah murid awal remaja. Mereka mula mencari pengaruh dan kawan. Dengan pelbagai latar belakang yang berbeza, .murid-murid mencari klik kawan yang serasi. Ketika inilah pemilihan kawan yang betul sangat penting. Murid ingin diterima oleh rakan sebaya dengan melakukan aktiviti yang dianggap boleh diterima oleh rakan sebaya bagi diterima sebagai klik tersebut. Masalah disiplin yang berlaku pada murid ting 1 adalah kerana melakukan aktiviti bagi diri 'diterima' seperti ponteng kelas, merokok sebelum datang ke sekolah dan guru boleh membaunya, melepak di tempat tertentu seperti cyber cafe dan sebagainya.Oleh kerana itulah ada murid di sekolah rendah yang mempunyai sahsiah yang sangat baik, tetapi sebaliknya di sekolah menengah.

5) Menjadi perhatian
Murid tingkatan 1 adalah murid junior dengan rupa yang baru bagi sekolah menengah. Oleh kerana itu, bagi murid ini, mereka akan menjadi tarikan sama ada pada rakan sebaya malah pada senior terutama bagi yang mempunyai wajah yang menarik sama ada lelaki dan perempuan. malah ketika inilah abang -abang dan kakak- kakak mula mengambil langkah untuk menjadikan mereka adik angkat. Dan konflik berlaku apabila berlaku perebutan adik angkat malah dengan rakan sebaya yang mula rasa cemburu dengan populariti yang ada.Malah ada rakan sebaya yang ingin tumpang tempias populariti yang ada, dengan berkawan dengan murid tersebut dan menjauhkan diri dengan kawannya sendiri dari sekolah rendah yang sama.

6) Melebarkan pengaruh
Bagi murid darjah 6 yang dikenali sebagai ketua dalam masalah disiplin di sekolah rendah, sudah mula menunjukkan belang pada bulan pertama. Oleh kerana itu guru kaunseling sering menyarankan pada ibu bapa sewaktu pendaftaran orientasi, agar memaklumkan kepada guru kaunseling mengenai salah laku anak di sekolah rendah kepada kami agar dapat membuat pemantauan awal. Jika tidak dipantau, murid -murid ini akan mencari peluang yang baru untuk membina klik baru dalam menjalankan salah laku disiplin.

I can accept failure
But I can't accept not trying

No comments: