Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

2 November 2015

Program Selepas Peperiksaan PT3: Misi Gempur Denggi ;Danque Petrol

                                  

Hari ini merupakan hari pertama program Selepas PT3. Sekolah menyertai pertandingan pendidikan Aedes untuk pasukan COMBI dan kami UBK membantu pihak urusetia COMBI menyediakan keperluan dan aktiviti yang diperlukan untuk menyertai pertandingan ini.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
 1) gotong -royong dan mengenalpasti tempat pembiakan nyamuk aedes.
Pasukan misi gempur tempat pembiakan nyamuk aedes yang berpotensi. Gotong royong dijalankan 3 kali setahun untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes.

2) Persembahan pendidikan pencegahan nyamuk aedes
Mengadakan aktiviti persembahan drama, nyanyian atau bersajak untuk dipersembahkan mengenai pendidikan aedes.

3) aktiviti membuat folio mengenai pendidikan pencegahan aedes untuk tujuan pameran. Murid -murid membuat rencana, karangan atau melukis di kertas warna untuk dipamerkan di papan tapak perhimpunan. Selain itu pada bulan April aktiviti pameran pendidikan pencegahan aedes telah dijalankan di sekolah dengan kerjasama Klinik Kesihatan yang membawa model nyamuk dan risalah.

4) pertandingan menyiapkan rencana pendidikan aedes untuk dimuatkan ke dalam blog UBK dan Facebook UBK. Murid diminta menaip mengenai rencana pendidikan pencegahan aedes untuk diterbitkan pada blog dan page UBK.

Walaupun ini pengalaman pertama urusetia COMBI mengambil bahagian, sekurang-kurangnya pengalaman ini akan banyak membantu untuk persediaan yang akan datang. Dan yang paling penting murid menjalankan aktiviti dengan seronok di samping mendapat pengetahuan baru.

Significant date for a lifetime
Happy birthaday my dear sis Khaty
Happy birthday my dear bff  Idah

No comments: