Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

1 December 2015

Daftar Kelayakan Malaysia (MQR): Semak Status Akreditasi Program Pengajian Tinggi




                                                


Satu surat khas dari Agensi Kelayakan Malaysia memohon guru kaunseling menghebahkan mengenai semakan status akreditasi program pengajian tinggi. Pastikan pusat pengajian tinggi yang anda masuk mempunyai akreditasi iaitu satu perakuan bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan oleh sesebuah institusi pengajian tinggi telah mencapai tahap standard kualiti yang ditetapkan. Anda boleh Klik disini untuk maklumat lanjut dan mengetahui sama ada kursus yang akan atau sedang diambil sekarang mendapat akreditasi agar dapat memudahkan anda dikemudian hari http://www.mqa.gov.my/mqr/MaklumatMQR.cfm

Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR) adalah satu daftar yang menyenaraikan semua program pengajian dan kelayakan yang telah mendapat akreditasi penuh MQA. 

Fungsi utamanya adalah sebagai sumber rujukan dan panduan kepada pelbagai pihak berkepentingan berkaitan program pengajian tinggi dan kelayakan yang telah diakreditkan di Malaysia. 

MQR bertujuan untuk:
(i) menyediakan maklumat mengenai semua kelayakan berdasarkan program yang telah diakreditkan;
(ii) membolehkan semua pihak berkepentingan mengetahui, memahami serta membuat perbandingan mengenai ciri-ciri sesuatu kelayakan dan hubungkaitnya dengan kelayakan yang lain;
(iii) memudahkan proses pemindahan kredit.


Pada umumnya, semua program pengajian dan kelayakan yang telah diakredit oleh MQA akan didaftarkan dalam MQR. Ini termasuk program pengajian dan kelayakan yang ditawarkan melalui institusi tempatan secara kerjasama dengan institusi luar negara dan juga program pengajian institusi luar negara yang ditawarkan oleh kampus cawangannya di sini. Institusi tempatan akan memohon kepada MQA untuk program pengajian mereka diakredit dan didaftarkan dalam MQR.

Kesan utama jika tiada akreditasi penuh MQA ialah tiada jaminan kualiti yang dapat diberikan oleh MQA terhadap pengajian tersebut. Selain itu, pelajar mungkin menerima kesan-kesan lain daripada pihak yang menggunakan pengajian tersebut. Selain itu, pelajar mungkin menerima kesan-kesan lain daripada pihak yang menggunakan akreditasi MQA sebagai syarat untuk

  • memohon melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi seperti mana yang ditetapkan oleh PPT tempatan atau luar negara
  • memohon pindahan kredit seperti mana ditetapkan oleh PPT tempatan atau luar negara
  • memohon mendapatkan bantuan kewangan atau kemudahan pinjaman pendidikan seperti mana ditetapkan oleh pemberi pinjaman atau
  • dipertimbangkan berkhidmat di sektor awam atau swasta seperti mana ditetapkan oleh JPA atau majikan swasta

A special gift
With special thoughts,
And special Wong Solo
Thank you Rozi !

No comments: