30 December 2015

Hari Orientasi Tingkatan Dua, Tiga , Empat Dan Lima SMK Cheras 2016

Selama 16 tahun di sekolah ini, saya tidak pernah mendengar hari orientasi tingkatan dua, tiga, empat dan lima. Tetapi di bawah pentadbiran puan pengetua yang baru, beliau memperkenalkan orientasi untuk tingkatan dua hingga lima. Objektif yang mudah iaitu untuk menyiapkan kelas sekurang-kurangnya mempunyai peralatan kebersihan yang asas seperti penyapu, penyodok, baldi mengelap tingkap dan pembersih tingkap serta tong sampah. Selain itu kelas juga dibekalkan dengan kain untuk menampal papan kenyataan bagi keceriaan kelas. Edaran asas untuk kelas seperti pelan laluan kecemasan, misi visi dan peraturan sekolah juga dibekalkan. Guru tingkatan juga membuat perlantikan AJK Kelas dan membuat susunatur kelas mengikut kelas abad ke 21. Dengan adanya aktiviti orientasi ini, sekurang-kurangnya kelas sudah bersedia untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2016.

I hold memories 
That keep me better prepared
Countdown 2016
Thank you 2015



 

Telegram Channel