Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

18 December 2015

Kertas Kerja Raikan Anda : Sambutan Hari Jadi Warga Sekolah SMK Cheras

KERTAS KERJA
PROGRAM RAIKAN ANDA

1.0     PENGENALAN
          Program Guru Penyayang merupakan program wajib sekolah bagi           merealisasikan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melaksanakan           program guru penyayang bagi membentuk sekolah yang menyeronokkan bagi    murid-murid hadir ke sekolah dan belajar dalam suasana yang kondusif. Ia merangkumi mengalu-alukan kehadiran murid, program mentor mantee,    menghargai murid dengan sambutan hari jadi dan sambutan perayaan. Pihak sekolah mengambil inisiatif menyambut sambutan hari jadi sama ada dengan   pihak murid malah dengan guru-guru sekali sebanyak dua kali sebulan yang akan diumumkan di tapak perhimpunan. Memandangkan bilangan murid sekolah ini yang ramai hampir 1,200 orang maka di dalam kelas, penghargaan sesama murid di dalam kelas dengan inisiatif guru kelas atau rakan sekelas manakala bagi pihak sekolah akan meraikan dengan cara menyerahkan kad ucapan dan sebiji cupcake kepada murid. Manakala bagi guru –guru yang diraikan pula akan diberikan kad ucapan hasil kreativiti murid Pembimbing Rakan Sebaya dan sebiji  cupcake. Walaupun sambutan yang ringkas, namun objektif program ini dapat  meninggalkan impak yang besar kepada yang diraikan.

2.0     OBJEKTIF
          1) Agar dapat meraikan sambutan hari jadi guru, staf dan murid di sekolah
          2) Agar yang diraikan merasa seronok berada dalam suasana persekolahan                         yang meraikan mereka.

3.0     TARIKH
          Sepanjang tahun: Januari - November
4.0     TEMPAT
          SMK Cheras

5.0     JAWATANKUASA PROGRAM GURU PENYAYANG SMK CHERAS 2016
               Pengerusi                  : Puan Kamariah Bt Abu
                                                Pengetua
            Timbalan Pengerusi :  Puan Sapura Bt Amat
                                                Penolong Kanan HEM
            Naib Pengerusi        :  Encik Mohamed Jamil Bin Abdul Samad
                                                Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum
                                               
                                                Puan Maznah Bt Musa
                                                Penolong Kanan Kokurikulum

                                                Encik Raheman Ahmad
                                                Penolong Kanan Petang

            Setiausaha                  Puan Nurhaiza Bt Che Mat
                                                Guru Bimbingan & Kaunseling

            Naib Setiausaha          Puan Rozinani Bt Awang
                                                Guru Bimbingan & Kaunseling

               AJK Penghargaan Murid & Sambutan Perayaan
            Puan Tengku Laila Sari Bt Tengku Jusoh
            Puan Karamjit Kaur a/p Surinder Singh
            Cik Wong Mun Yee
            Cik Tuong Loy Mui
            Puan Haslina Hashim
            Puan Kanagambigai a/p Ramoo

6.0       AKTIVITI  MENGHARGAI PELAJAR DAN GURU: SAMBUTAN HARI JADI
BIL
PROSES KERJA
TANGGUNGJAWAB

SASARAN
CATATAN
1
Mesyuarat Jawatankuasa
PK HEM
Puan Nurhaiza Che Mat
Puan Rozinani Bt Awang
Setiausaha Majlis Ketua Tingkatan
Setiausaha Perhimpunan Rasmi
AJK Program Menghargai Murid
AJK Program Guru Penyayang

2
Taklimat kepada semua guru
PK HEM
Puan Nurhaiza Che Mat
Puan Rozinani Awang
Setiausaha Majlis Ketua Tingkatan
Setiausaha Perhimpunan Rasmi
Semua guru
Dialog Prestasi
Program Guru Penyayang
3



Mengadakan sambutan Hari Jadi
setiap 2 minggu sekali dengan guru dan wakil tingkatan di tapak perhimpunan
PK HEM
Puan Nurhaiza Che Mat
Puan Rozinani Awang
Setiausaha Majlis Ketua Tingkatan
Setiausaha Perhimpunan Rasmi
Mentor kelas


Guru –guru
Warga sekolah
Perhimpunan
4
Mengedarkan kad Hari Jadi dan cup cake kepada murid oleh mentor
Puan Nurhaiza Che Mat
Puan Rozinani Awang
Mentor kelas
Murid sekolah



7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
            Sumber Kewangan:                              RM 1,800
            Koperasi                                             

            Perbelanjaan:
            1,200 keping kad x RM 0.50               = RM    600
            1,200 cupcake   x  RM 1.00               = RM 1,200


8.0       PENUTUP
            Diharapkan agar program Raikan ini dapat mencapai objektif yang disasarkan dan             seterusnya menjadi budaya di sekolah kepada murid malah kepada guru.


            Disediakan oleh,                                                         Diluluskan oleh,


            (Nurhaiza Bt Che Mat)                                                (Puan Kamariah Bt Abu)
            Setiausaha
            Program Guru Penyayang



Adakah kita sedang  memandang langit
Mengintai bintang dan bulan
Selamat malam Kluang, Johor

No comments: