31 January 2016

Slot Sahsiah Moral: Penting Murid Mempunyai Azam

Slot Sahsiah Moral: Penting Murid Mempunyai Azam


Sebulan sekali terutama setiap Jumaat minggu terakhir ialah slot UBK untuk semua murid Moral di tapak perhimpunan. 

Jumaat 29 Jan lepas, giliran saya untuk menjalankan aktiviti selama 25 minit. Saya memilih tajuk Azam Baru memandangkan tidak lama lagi ialah sambutan Tahun Baru Cina. Manakala murid Moral di sekolah saya 90% ialah murid Cina manakala 10% lagi murid India. Memandangkan kita masih lagi berada di bulan Jan, tajuk ini sangat sesuai.

Pada mulanya saya menerangkan mengenai apa itu azam. Azam ialah sesuatu yg perlu ada pada setiap orang untuk menggerakkannya mencapai azam tersebut dengan usaha dan strategi tertentu. Jika tiada azam, kita hidup seperti robot mengikut aturan dan kitaran yg biasa orang lakukan. Contohnya setiap pagi kita ke sekolah kerana semua orang pergi sekolah. Kita tiada jiwa dan perasaan yg disertakan knp kita mesti ke sekolah dengan tujuan apa kita perlu ke sekolah.  Apabila guru mengajar, murid akan belajar kerana murid tau jika ia tidak belajar dan melakukan kerja sekolah ia adalah masalah disiplin yg akan dikenakan tindakan. Oleh itu murid belajar dan membuat kerja rumah kerana tidak mahu dikenakan tindakan. Jika murid tidak memasukkan azam dalam perbuataanya dan perasaan bersungguh dan berazam untuk melakukannya bagi mencapai impiannya maka arah tuju hidup akan menjadi kabur dan kurang semangat. 

Bagi membimbing murid mengenalpasti apakah azam masing masing saya mengedarkan kertas A3 yg besar untuk dikongsi 2. Mereka perlu menyatakan pada kertas itu azam untuk peperiksaan SPM, PT3 dan peperiksaan ting 4. Apabila kertas itu perlu dikongsikan ia meransang murid untuk menulis azam mereka dan impian hidup mereka apabila melihat kawan kawan lain mempunyai azam dan impian untuk dikongsikan. 

Setelah itu, saya menjalankan aktiviti SUPER VAKS untuk meransang azam itu dalam bentuk visual, auditori, kinestetik dan spiritual.



The beach & the sunset
Good night Port Dickson


30 January 2016

Merentas Desa SMK Cheras 2016

Merentas Desa SMK Cheras 2016




Hari ini adalah hari program merentas desa bagi SMK Cheras tahun 2016. Dengan cuaca yang baik kami menjangkakan program boleh habis pada pukul 10.30 pagi kerana cuaca yang sangat panas sekarang. Hari ini saya bertugas selaku AJK Checkpoint di Jalan Seluang iaitu di cabang 3 di mana persimpangan jalan besar di hadapan Flat Sri Melaka. Saya dah mahir dengan pengawasan murid di sini memandangkan tugasan saya hampir 4 tahun ini masih di checkpoint sini juga ahaks..

Program berjalan baik dengan bantuan RELA dan polis trafik. Hanya seorang murid yang dihantar ke HUKM kerana masalah kesihatan. Keunggulan merentas desa ini masih kepunyaan rumah WAJA yang saya pun dah tak berapa pasti berapa tahun berturut -turut!

Terima kasih juga kepada AJK PIBG yang telah sudi hadir membantu merancakkan lagi program merentas desa :)

Terima kasih PIBG
Luluskan dana untuk program UBK 




29 January 2016

Penetapan Matlamat Dan Motivasi Ting 5

Penetapan Matlamat Dan Motivasi Ting 5



Hari ini kami mengadakan program motivasi dengan Coach Fadli. Kami sangat selected apabila mengendalikan program motivasi maklumlah apabila pengalaman program motivasi dengan guru kaunseling di sekolah sendiri berbanding dengan penceramah luar yang lebih segar penampilannya tentulah berbeza:) dan pendekatannya juga tentulah berbeza. 

Program dijalankan bermula pada pukul 8.00 pagi dengan guru kaunseling sendiri yang mengedarkan penetapan target SPM tahun 2016. Murid akan mengisi ruang TOV iaitu markah peperiksaan akhir tahun 2015 dan ETR iaitu target murid untuk SPM.

Slot Coach Fadli dari 8.45 pagi hingga 10.20 pagi dengan bayaran RM 320 yang dibiayai oleh PIBG. 
Murid memberikan kerjasama yang baik dengan arahan Coach Fadli dan ransangan multimedia dan ransangan visual dan audio sangat signifikan dengan tajuk motivasi dan penetapan matlamat. Coach Fadli mempunyai terbitan buku-bukunya yang tersendiri dan berguna untuk rujukan murid. 


PENETAPAN TARGET SPM TAHUN 2016

BIL
MATA PELAJARAN
TOV
U1
PPT
PP
ETR
1.
BAHASA MELAYU





2.
BAHASA INGGERIS





3.
PENDIDIKAN ISLAM / MORAL






4.
SEJARAH





5.
MATEMATIK





6.
SAINS TERAS





7.
MATEMATIK TAMBAHAN





8.
BIOLOGI





9.
KIMIA





10.
FIZIK





11.
ICT / PERAKAUAN / L. KEJURUTERAAN





12.
REKA CIPTA / R.TANDA / MASAKAN / JAHITAN





13.
PERDAGANGAN / EKONOMI ASAS





14.
PENDIDIKAN SENI VISUAL







Do what's right
The right way
At the right time
Then success !!







Bahawasanyasaya ………………………………………………………………………………………………………………
daritingkatan ………………….berjanjiuntukmengulangkajipelajarandengantekundanbersungguh-sungguh. SayajugaberjanjiuntukmemastikansayaberjayadengancemerlangsertamemperolehkeputusanpeperiksaandalamSPMtahun 2016seperti target saya di sebelah.

Sekian, terimakasih.
 

Telegram Channel