8 January 2016

Aturcara Majlis Perpisahan PK HEM Puan Sapura Amat

Hari ini merupakan hari air mata!

PK HEM saya Puan Sapura Bt Amat merupakan boss saya yang memang terkenal dengan suara lantangnya. Hubungan PK HEM dan guru kaunseling di mana mana sekolah sepatutnya seperti isi dan kuku. Begitulah hubungan profesionalisme itu berjalan di sekolah ini antara PK HEM dan guru kaunseling yang menyebabkan pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan jika boss anda sendiri yang menyokong anda dan memberikan peluang untuk anda meneroka idea anda sendiri, menjalankan try and error aktiviti yang inovasi dan amalan terbaik yang akan dijalankan. Dengan sokongan dari boss anda sendiri maka anda lebih berani untuk meneroka lebih jauh idea dan berfikiran luar kotak.

Selaku AJK Kelab Guru saya juga terlibat dengan event ad hoc hari ini memandangkan kami hanya tau bahawa PK HEM akan pergi pada hari Rabu lepas. Maka persiapan sehari dibuat dengan tergesa-gesa yang penting kami inginkan sambutan yang bermakna untuk Puan Sapura.

Aturacara program:
- Perarakan masuk PK HEM ke Dataran Perhimpunan diiringi oleh pentadbir, PIBG dan di  kiri kanan ialah barisan pengawas
- Ucapan Aluan Pengacara Majlis
- Bacaan Doa oleh Ustaz Nasrun
- Ucapan Dari Wakil Murid : Ketua Pengawas 2016
- Ucapan Dari Wakil Guru   : Pn Norliza Rafie selaku Pengerusi Kelab Guru
- Ucapan Dari Pengetua       : Puan Kamariah Bt Abu
- Ucapan Dari Yang Diraikan Puan Sapura Bt Amat

Persembahan dari guru: Puan Noor Alamiyah dan Cik Nor Afiqah
Persembahan sapelele dari murid kelas muzik

- Penyampaian Cenderamata

  •   Dari NYD PIBG 
  •   Dari pengetua selaku wakil dari semua guru
  •   Dari timbalan ketua murid mewakili hadiah dari murid-murid
  •   Dari ketua murid mewakili barisan pengawas
  •   Dari setiausaha disiplin bagi mewakili guru-guru disiplin
  •   Dari UBK
Salam Perpisahan Barisan Pengawas
Salam Perpisahan dari Murid- Murid Ting 5
Jamuan perpisahan secara pot luck di kantin

Bertemu dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata
Tapi dihati.....
Tidak lupa

 

Telegram Channel