2 January 2016

D'e-KS : dashboard e-kaunselor Sekolah Versi 2016

Jika pada tahun lepas, kami menerima Johan Inovasi Sistem Maklumat pada Hari Bahagian Pengurusan Psikologi Kaunseling KPM Peringkat Kebangsaan dengan nama sistem dashboard e-kaunselor sekolah, maka pada tahun ini antara penambahbaikan yang dilakukan oleh Cikgu Padali ialah mencipta sistem ini untuk memudahkan direkod dan boleh terus dicetak. Semua data yang dikey in akan terus digenerate ke dalam data pelaporan yang boleh dihantar terus ke PPW atau JPN malah ke KPM tanpa perlu merujuk buku rekod dan mengira secara manual.
Malah sistem ini dipermudahkan bukan sahaja data peribadi kaunselor masing-masing, malahan data untuk semua kaunselor. Malah kami dapat mengetahui sama ada seseorang klien pernah datang menjalankan sesi kaunseling atau tidak dengan menekan button tertentu untuk rujukan segera kepada PK HEM atau pengetua. Pendek cerita, segala-galanya di tangan anda kerana ia boleh dipaparkan kedalam sistem di dalam handphone pintar anda.

Kami juga mempunyai email masing-masing dimana notification e-klien yang memilih nama kita untuk membuat sesi kaunseling akan dipaparkan dalam email dan kita boleh menjalankan online dengan murid tersebut berdasarkan email murid itu dan mengatur temujanji walaupun tarikh temujanji telah diset juga kedalam borang online tersebut. Bagi tahun 2016, kami akan berkongsi penggunaan sistem ini dengan Cikgu Padali akan memilih 5 buah sekolah di Zon Pudu untuk menggunakan sistem ini.

Sudah ramai yang bertanya untuk membeli sistem ini, namun kami perlu menjalankan rintis kepada 5 buah sekolah lagi untuk melihat keberkesananya maklumlah sistem ini sedang dinaiktaraf dari semasa ke semasa dan sistem yang baru ini akan digunakan sepernuhnya di sekolah kami pada tahun 2016 dan kemudian barulah boleh disebarluas.
Di bawah e-kaunseling, saya klik pada ketua kaunselor manakala
kaunselor lain akan klik pada folder masing-masing
Kemudian Paparan e-rekod diklik
Jika menjalankan sesi kaunsleing atau konsultasi, pendaftaran melalui sistem ini
secara online menggunakan handphone atau laptop. Yang bestnya semua laporan ini
boleh terus dicetak samaada profil murid dan laporannya sekali
Contoh rekod sesi kaunseling individu

Contoh laporan program kaunseling
                                                     

Contoh rekod konsultasi
                                        
Contoh pendaftaran untuk rekod sesi kelompok

Ini ialah e-pelaporan dimana  laporan untuk
tahun tersebut dipaparkan
Ini ialah e-klien dimana terdapat 3 perkara penting
iaitu e-intervensi seperti slaid di bawah, e-temujanji jika klien
memilih nama kita, kita akan mendapat notification mll email dan e-rujuk
Ini ialah inventori yang boleh diakses oleh murid melalui
blog kaunseling dan kami boleh mendapat notification
mengenai murid yang menjalankan invenori ini untuk
dianalisis dan menjalankan intervensi susulan atau melalui
email.
Ini ialah modul e-pengurusan di mana semua kerja=kerja pentadbiran seperti
kertas kerja, surat menyurat, laporan akan dimasukkan ke dalam
setiap bidang kerja

Laporan keseuruhan untuk 4 kaunselor mengikut tahun dan pelbagai
data lagi yang melibatkan tugasan UBK
Ini ialah pelaporan bagi setiap kaunselor dan saya klik pada
L4 khas untuk ruangan saya

Menyingkap memori zaman remaja
Bersama realiti di ambang 40-an
Taman Bukit Cheras ;)


6 comments

Assalamualaikum, Tahniah barisan GBK SMKC...Selangkah di hadapan dengan mengaplikasi kemahiran ICT dalam perkhidmatan kaunseling.

Cikgu Lin
KB05511
Johor Bahru

Salam cikgu Lin. Terima kasih atas respon anda. Kami sedang dalam rintis utk 5 buah sekolah di PPD Pudu bagi tahun 2016. Jika tiada masalah barulah boleh extend ke negeri lain.

Tahniah cikgu atas kejayaan GBK sek cikgu yg dapat melaksanakan tugas GBK dgn penuh kreatif dan inovatif serta selangkah ke depan. Mudah2an team cikgu dapat sebarluaskan kepada kami semua GBK daerah2 lain. Syabas dan tahniah sekali lagi.

Terima kasih. Mudah mudahan sistem ini akan dapat disebarluaskan pada tahun ini juga ke negeri lain.

NURZILA ABD. GHANI delete February 12, 2016

As salam para guru kaunseling semua. Awalan ingin saya ucapkan tahniah kepada Pn Nurhaiza kerana telah memberi saya idea yang bernas dalam format lapuran/system failing/bentuk-bentuk kaunseling yang diberikan. Saya ingin share sedikit tentang perihal kami di sini. Saya Nurzila Abd. Ghani dari ibu pejabat Felda yang baru saja mengujudkan Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk seluruh warga Felda termasuk gulongan pelajar/belia/peneroka dan juga petugas Felda. Nampaknya luas betul ruang lingkup yang hendak dikendalikan. I don't have any background on kaunseling tetapi saya kini menerajuinya. so harap dapat menunjuk ajar kepada saya or share your experience in this field. Terima kasih and salam perkenalan kepada semua.

Salam perkenalan nurzila. Anda boleh mengambil apa sahaja bahan dari blog ini untuk anda membuat rujukan terutama sekali pada label pengurusan UBK. Tahniah kerana anda diberi terpilih dan diberi kepercayaan untuk menerajui UBK. Dalam perkhidmatan menolong, yang peting ialah minat dan anda boleh menambahkan kemahiran kaunseling anda dengan mengikuti kursus yang sesuai. Buat permulaan, tugas anda lebih kpd pengurusan untuk set up bilik dan unit anda dengan membuat outreach yang sesuai. Anda boleh meminta bantuan dari unit organisasi kaunseling dari agensi BPSK, LPPKN bagaimana mengurus staf dan belia. saya boleh memberikan bimbingan dari aspek pelajar. Anda boleh menghubngi sy mll email saya nurhaiza.gksmkcheras@gmail.com

 

Telegram Channel