3 January 2016

Disiplin Di Dahulukan Pencapaian Diutamakan: Azam 2016

Hari ini saya kongsikan  teks ucapan  saya sempena pembukaan awal sekolah yang akan saya sampaikan di tapak perhimpunan esok



Salam semua
Selamat kembali ke sekolah 2016 J

Tahun baru dan azam yang baru. Nilai murni yang ingin cikgu tekankan bulan ini ialah Disiplin Didahulukan Pencapaian Diutamakan selaras dengan tema nilai murni pada bulan Januari  2016.
Sebagai murid anda semua perlu membina azam baru pada tahun 2016 sempena menaiki satu tingkatan lagi Bagaimana azam pada tahun lepas? Sudah tertunaikah atau tidak mencapainya. Binalah azam yang berorientasikan pencapaian seperti
·       Berazam  memperolehi pencapaian anda sama ada pencapaian akademik,
‘Saya  mesti memperolehi  9A dalam peperiksaan  Pt3.”
“Saya mesti lulus semua subjek pada peperiksaan tahun ini’
Pencapaian yang anda boleh capai yang lebih baik dari tahun lepas.

·       Berazam memperolehi pencapaian kokurikulum yang lebih baik seperti
“ Saya akan hadir setiap perjumpaan kokurikulum”
“Saya  akan mencapai gred B dalam kokurikulum”

·       Berazam  mempunyai pencapaian sahsiah yang baik.
“ Saya akan  menunaikan solat 5 waktu”
“Saya tidak akan ponteng sekolah lagi”
“Saya tidak akan melawan kata-kata ibu bapa”

Dalam berazam untuk mengutamakan pencapaian yang ingin dicapai, perkara-perkara berikut perlulah diamalkan iaitu disiplin diri yang tinggi.
1)    Patuh kepada perintah Tuhan. Tidak ada agama yang mengajar umatnya berbuat jahat. Mendekatkan diri dengan Tuhanmu akan mengisi kerohanian dan jiwa yang kosong dengan ketenangan

2)    Penjagaan masa. Masa tidak menunggu kita dan masa juga tidak memburu kita. Semua orang diperuntukkan masa yang sama bagaimana anda memperuntukkan masa  berfaedah lebih panjang dari masa yang tidak berfaedah akan menentukan pencapaian anda meningkat atau merundum sama ada dari aspek akademik, kokurikulum malah sahsiah diri.

3)    Mempunyai hubungan yang baik dan menghormati ibu bapa, guru –guru dan orang lain kerana ia berupaya menghindarkan stress  dan kemurungan dalam hidup anda. Hidup akan lebih sihat dari aspek fizikal dan mental dan produktiviti kerja akan lebih baik.

4)    Bersikap asertif. Berani bercakap tidak  kepada ajakan yang tidak penting. Kurangkan menjaga hati orang lain  untuk perkara yang anda sendiri tidak mahu lakukan. Malah pandai memilih kawan yang menarik kita melakukan perkara yang berfaedah dan jika kita juga adalah sahabat yang sejati tariklah kawan kita juga melakukan perkara berfaedah.
       

Akhir kata dari cikgu,binalah azam yang boleh mendorong anda untuk maju dan cemerlang dalam aspek sahsiah. Disiplin dan kokurikulum dengan menjaga disiplin diri.

Selamat kembali ke sekolah

Cikgu Nurhaiza bt Che Mat


Good night kids
Welcome back to school





 

Telegram Channel