Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

16 January 2016

Gotong - Royong : Sarana PIBK

Hari ini merupakan hari gotong royong sekolah yang dijalankan atas nama aktiviti badan beruniform dan sarana PIBK. Terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir untuk bersama-sama menjalankan aktiviti gotong royong di sekolah. Sebagai guru kaunseling yang bertugas menggerakkan sarana ibu bapa, partner saya Rozinani membuat pendaftaran ibu bapa yang sudi hadir. Saya pula bertugas selaku AJK Keselamatan meronda kawasan sekolah sambil meneruskan hobi saya menangkap gambar huhu. Walaupun tidak ramai ibu bapa yang hadir tetapi diharapkan selepas ini lebih ramai yang sudi hadir membantu. Murid- murid dibahagikan kepada beberapa stesen tertentu untuk mereka menjalankan aktiviti gotong royong kawasan sekitar sekolah dan bilik khas. Makanan dan minuman ditaja kepada semua murid, ibu bapa, guru dan para pekerja yang menjalankan aktiviti hari ini. Kami juga menjemput khas skuad DBKL yang diharapkan dapat membantu menangkap musang yang berkeliaran dalam bilik khas.

Aktiviti yang dijalankan selama 2 jam ini mendapat hasil yang baik. Gelanggang sepaktakraw dan gelanggang badminton dibuat garisan yang lebih terang. Bilik -bilik khas seperti surau murid dan surau guru dibersih dan diceriakan, kawasan taman-taman di sekitar sekolah diceriakan semula. Setelah habis aktiviti di stesen -stesen tersebut, murid menjalankan aktiviti keceriaan dalam kelas pula .

Terima kasih semua :)

I can do things you cannot do
You can do things I cannot 
Together we can do great things


No comments: