25 January 2016

Psikometrik Inventori Personaliti Versi DwiBahasa : BM Dan Bahasa Cina


Sila klik di sini Inventori Personaliti dan klik di sini Analisa Skor

Sistem D' e- KS kami menggunakan intervensi murid pada blog ubksmkcheraskl.blogspot.com, murid akan key in inventori minat kerjaya dan ujian personaliti untuk ujian psikometrik secara online sepenuhnya menggunakan key in komputer dan tidak lagi menggunakan kertas edaran.  Dengan jumlah murid tingkatan 1 yang mencecah antara 250 hingga 300 setiap tahun, maka 60 orang murid dari kelas peralihan yang naik ke tingkatan satu adalah murid yang lemah penguasaan Bahasa Melayu dan ditambah dengan murid tingkatan satu dari SJK (C) lagi, maka hampir 100 orang juga yang lemah penguasaan Bahasa Melayu. Oleh itu saban tahun kami perlu menggunakan khidmat jurubahasa Bahasa Cina yang perlu ada bersama kami setiap kali kami mengendalikan ujian psikometrik untuk murid sasaran ini. Tahun ini memandangkan kami perlu murid -murid key in dalam sistem intervensi murid pada blog maka kerjasama bersama guru Bahasa Cina untuk membantu kami menterjemahkan inventori ini seperti mana yang diterjemahkan secara lisan sewaktu bimbingan dengan murid Cina. Terima kasih kepada Cik Lie Kiet Wei yang membantu merealisasikan tugas kami. Saya meminta kebenaran untuk publish hasil kerja terjemahan ini di sini. Terjemahan ini bukan dari KPM yang mengeluarkannya. Cikgu Padali akan memuatkan terjemahan ini dalam sistem D'e-KS. Ia hanyalah satu inovasi bagi memudahkan urusan kami untuk menerangkan kepada murid Cina melalui guru yang mengajar subjek Bahasa Cina di sekolah ini. Saya share di sini agar sekolah lain yang mempunyai masalah seperti saya boleh menggunakannya sebagai panduan terutama di sekolah yang mana guru kaunseling semuanya ialah guru Melayu manakala sekolah pula mempunyai peratus murid Cina yang tinggi. Hasilnya, indeks perbezaan yang lebih tinggi menunjukkan murid faham mengenai ujian ini dan kami tidak ada masalah lagi sewaktu mengendalikan inventori ini. 


Cuti Thaipusam
Happy holiday :)
Movieton







 

Telegram Channel