21 January 2016

Sistem D'e-KS :Psikometrik Ting 1 Secara Online

Yeah..kami dah habis buat ujian psikometrik ting 1. Cuma murid yg tidak hadir sahaja, kami tengah mengejarnya untuk ujian psikometrik ni. Yang bestnya sejak ada inovasi sistem D'e-KS ni, kami tidak perlu meraso soalan dan borang jawapan. Murid hanya perlu ke makmal komputer dan log in blog ubk dan ke intervensi murid untuk buka inventori personaliti dan inventori minat kerjaya. Habis murid key in sahaja, kami akan mendapat notification untuk skor murid. Waaa memang menjimatkan masa kerana kami tidak perlu mengutip kertas dan mengira skor setiap orang. Maklumlah 250 murid ting 1 utk 2 paper inventori sblm ni memakan masa seminggu untuk kira skor, key in dan buat rumusan. Kali ni..sistem D'e-KS ni yg kirakan.
Yang bertambah menariknya..terima kasih kepada guru Bahasa Cina Cik Lie Kiet Wei yg sanggup membuat alihbahasa ke Bahasa Cina. Masalah utama kami setiap tahun ialah pada murid Cina yg lemah penguasaan Bahasa Malaysia kerana dari sekolah jenis kebangsaan Cina. Biasanya murid ini akan menjawab sehingga sejam lebih IMK dan Inventori Personaliti. Kami terpaksa memanggil murid PRS yg pandai Berbahasa Cina untuk membantu malah guru Bahasa Cina untuk translate secara lisan BM ke Bahasa Cina. Jadi apabila dalam sistem kami, kami buat dual bahasa iaitu BM dan Mandarin. Memang sgt mudah! Murid menjawab dengan baik dan indeks perbezaan yg lebih baik.

Speaks In Such A Way
That Others Love To Listen To You
Communication Is The Real
Work Of Leadership

 

Telegram Channel