31 January 2016

Slot Sahsiah Moral: Penting Murid Mempunyai Azam


Sebulan sekali terutama setiap Jumaat minggu terakhir ialah slot UBK untuk semua murid Moral di tapak perhimpunan. 

Jumaat 29 Jan lepas, giliran saya untuk menjalankan aktiviti selama 25 minit. Saya memilih tajuk Azam Baru memandangkan tidak lama lagi ialah sambutan Tahun Baru Cina. Manakala murid Moral di sekolah saya 90% ialah murid Cina manakala 10% lagi murid India. Memandangkan kita masih lagi berada di bulan Jan, tajuk ini sangat sesuai.

Pada mulanya saya menerangkan mengenai apa itu azam. Azam ialah sesuatu yg perlu ada pada setiap orang untuk menggerakkannya mencapai azam tersebut dengan usaha dan strategi tertentu. Jika tiada azam, kita hidup seperti robot mengikut aturan dan kitaran yg biasa orang lakukan. Contohnya setiap pagi kita ke sekolah kerana semua orang pergi sekolah. Kita tiada jiwa dan perasaan yg disertakan knp kita mesti ke sekolah dengan tujuan apa kita perlu ke sekolah.  Apabila guru mengajar, murid akan belajar kerana murid tau jika ia tidak belajar dan melakukan kerja sekolah ia adalah masalah disiplin yg akan dikenakan tindakan. Oleh itu murid belajar dan membuat kerja rumah kerana tidak mahu dikenakan tindakan. Jika murid tidak memasukkan azam dalam perbuataanya dan perasaan bersungguh dan berazam untuk melakukannya bagi mencapai impiannya maka arah tuju hidup akan menjadi kabur dan kurang semangat. 

Bagi membimbing murid mengenalpasti apakah azam masing masing saya mengedarkan kertas A3 yg besar untuk dikongsi 2. Mereka perlu menyatakan pada kertas itu azam untuk peperiksaan SPM, PT3 dan peperiksaan ting 4. Apabila kertas itu perlu dikongsikan ia meransang murid untuk menulis azam mereka dan impian hidup mereka apabila melihat kawan kawan lain mempunyai azam dan impian untuk dikongsikan. 

Setelah itu, saya menjalankan aktiviti SUPER VAKS untuk meransang azam itu dalam bentuk visual, auditori, kinestetik dan spiritual.



The beach & the sunset
Good night Port Dickson


 

Telegram Channel