Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

14 February 2016

Kajian Tindakan: Menangani Permasalahan Kelewatan Murid Ke Sekolah Melalui Belaian Kaunseling

Pn Nor Azalaila
Pn Rosmaria

MENANGANI PERMASALAHAN KELEWATAN PELAJAR KE SEKOLAH

Oleh:
Pn Nor Azalaila bt Abu Bakar & Pn Rosmaria bt Mat Daud
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Perempuan Pudu

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk menangani permasalahan pelajar datang lewat yang dihadapi oleh pelakar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Pudu. Seramai  30 pelajar dan 4 orang guru telah terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan iaitu melalui pemerhatian yang dilakukan pada setiap pagi. Sepanjang pemerhatian, didapati jumlah pelajar yang datang lewat adalah sederhana tinggi. Jumlah pelajar yang datang lewat semakin hari semakin meningkat walaupun dendaan dan hukuman telah dikenakan. Oleh kerana dendaan dan hukuman tidak memberi kesan kepada pelajar,perancangan tindakan difokuskan kepada kepada teknik sentuhan belaian kaunseling untuk cubaan mengurangkan jumlah pelajar yang datang lewat. Keputusan dari kajian tindakan ini selama tiga bulan mendapati jumlah pelajar yang datang lewat semakin berkurangan.

1.0            REFLEKSI YANG LALU
Saya telah bertugas sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling di SMK Perempuan Pudu bermula pada tahun 2012. Sepanjang pemantauan dan pemerhatian saya di sekolah ini, saya dapati segelintir guru-guru kurang mesra dengan pelajar.
            Pada Januari 2015, purata bilangan pelajar yang datang lewat ke sekolah adalah 30 orang campur sesi pagi dan petang. Namun bilangan ini menjadi semakin meningkat masuk pada bulan februari 2015 iaitu seramai 34 orang. Sebagai guru bimbingan dan kaunseling saya perlu bertindak bagi mengurangkakn kadar masalah pelajar datang lewat ke sekolah. Oleh itu saya telah menjalankan kajian tindakan bersama Penolng Kanan Hal Ehwal Murid  saya iaitu Pn Shamsiah dan ketua disiplin sesi pagi iaitu Pn Datin Hasna bt Hussin bagi mengatasi permasalahan kelewatan pelajar ke sekolah.

2.0            FOKUS KAJIAN
Kajian tindakan ini dibuat adalah untuk menangani permasalahan pelajar yang datang lewat ke sekolah. Matlamat utama adalah supaya pelajar datang datang awal ke sekolah sebelum 7.20 pagi. Selain daripada itu, fokus kajian kami juga mahu cuba meningkatkan minat pelajar terhadap alam persekolahan. Kehadiran awal  pelajar ke sekolah adalah sangat penting supaya pelajar tidak ketinggalan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan dapat meningkatkan imej sekolah di zon Pudu ini.

3.0            OBJEKTIF KAJIAN
3.1       Objektif Umum
Kajian ini bertujuan  untuk mengatasi permasalahan kelewatan pelajar ke sekolah dan seterusnya akan mengurangkan bilangan pelajar yang datang lewat ke sekolah

3.2       Objektif Khusus
3.2.1    Untuk memastikan semua pelajar datang awal ke sekolah.
3.2.2    Menimbulkan kesedaran betapa pentingnya datang awal ke sekolah dikalangan pelajar
3.2.3    Untuk mengaplikasikan teknik ‘belaian Kaunseling’ kepada pelajar yang datang lewat

4.0       KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 30 orang pelajar perempuan yang datang lewat ke sekolah daripada tingkatan 1 hingga 5.

5.0       PELAKSANAAN KAJIAN
5.1       Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan pemerhatian dan soal selidik. Tingkahlaku pelajar berjalan masuk ke pintu pagar sekolah selepas loceng berbunyi diperhatikan. Pelajar banyak memberi alas an traffic  jam melalui kaedah soal selidik.

5.2       Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan pemerhatian tingkah laku pelajar dari pintu pagar sekolah sebanyak 7 kali, didapati pelajar tidak bersungguh-sungguh berlari masuk ke dalam kawasan sekolah. Dapatan punca kelewatan pelajar adalah seperti jadual dibawah:
BIL
PUNCA KELEWATAN
BIL. PELAJAR TERLIBAT
1
Traffic Jam
15
2
Bangun lewat
8
3
Kesihatan
5
4
Kereta rosak / Malas ke sekolah / Lain-lain
2

Berdasarkan soal selidik itu, didapati pelajar yang datang lewat adalah kerana mengalami kesesakan lalulintas. Kebanyakan pelajar bertolak dari rumah pada pukul 7 pagi. Kehadiran lewat ke sekolah akan menyebabkan pelajar akan terlepas waktu perhimpunan dan kadang kala akan terlepas waktu pembelajaran yang pertama. Walaupun pelajar ini hadir lewat ke sekolah, kebanyakan pelajar ini tetap memberi jawapan matlamat utama ke sekolah adalah untuk belajar dan menuntut ilmu.
            Dari segi pandangan pelajar terhadap cadangan tindakan yang sesuai diberikan kepada pelajar yang datang lewat ke sekolah, didapati mereka sanggup melakukan dendaan seperti dikenakan hukuman rotan, kelas tahanan, cuci tandas, membersihkan kawasan sekolah dan membuat kerja amal seperti menyiram pokok bunga dan sebagainya. Bila ditanya berkaitan peraturan sekolah, kesemua pelajar mengakui faham tentang peraturan sekolah.

5.3       Tindakan Yang Dijalankan
Berikut ialah tindakan yang dijalankan sepanjang 3 bulan pertama sesi persekolahan:
Tindakan
Bulan
Pendekatan
Bilangan pelajar
Pertama
Minggu ke-2 Januari  hingga Awal Februari 2015
Pelajar mencatat nama dan masa mereka tiba di sekoah. Selepas itu pelajar perlu bergerak ke dataran perhimpunan sehingga perhimpunan selesai.
30 orang
Kedua
Awal Februari hingga Mac
Pelajar mencatat nama dan masa mereka tiba di sekolah. Selepas itu guru kaunseling mengumpulkan pelajar yang datang lewat. Melaksanakan sesi kelompok sehingga selesai perhimpunan dan kadang-kala mengambil  sedikit masa waktu pertama.
Hasilnya: Dapat mengurangkan sedikit kadar pelajar datang lewat kerana pada mereka masih ada guru-guru yang mengambil berat tentang keadaan mereka.
25 orang

5.4       Pelaksanaan Tindakan dan Hasilnya
Kajian tindakan ini telah dijalankan selamat 3 bulan iaitu bermula daripada minggu ke -2 bulan Januari 2015 hingga akhir Mac. Semasa menjalankan kajian ini, saya telah memperuntukan satu masa pertama pada setiap hari persekolahan untuk memantau pelajar yang datang lewat ke sekolah. Saya mengedarkan soal selidik kepada para pelajar yang lewat untuk mendapatkan maklumat bagi membantu menyiapkan kajian saya ini.
Pada permulaan kajian, saya dan guru disiplin mengenakan tindakan hukuman kepada pelajar yang lewat namun tindakan ini tidak dapat mengurangkan bilangan pelajar yang datang lewat ke sekolah. Kaedah kaunseling kelompok dan belaian kaunseling berkesan  kerana didapati bilangan pelajar yang datang lewat semakin berkurangan daripada 30 orang turun kepada 25 orang.
Kaedah terakhir yang digunakan adalah belaian kaunseling secara berterusan. Kaedah ini adalah melibatkan bacaan Yaasin, berdoa dan mencabar pemikiran pelajar dengan mengatakan “apakah peranan aku sebenarnya”?. Fokus utama ialah pengorbanan ibubapa dan guru sehingga dapat membentuk pelajar agar menjadi insan yang berguna. Melalui kaedah ini, kadar bilangan pelajar yang datang lewat semakin menurun dan menampakkan perubahan. Ini kerana para pelajar merasakan mereka disayangi dan ada guru-guru sekolah yang mengambil berat tentang kehadiran mereka ke sekolah. Adalah diharapkan agar kaedah dan teknik ini dapat diteruskan lagi pada bulan april dan kadar pelajar datang lewat ke sekolah dapat dikurangkan  dari hari ke hari.

5.5       Refleksi Kajian
Statistik pelajar yang datang lewat sepanjang bulan mac menunjukkan penurunan sebanyak 5 orang dari 40 pelajar kepada 35 orang. Kaedah belaian kaunseling berjaya menawan hati pelajar dan objektif kajian dapat dicapai. Kaedah mencabar pemikiran pelajar sangat berkesan apabila aspek pengobanan  ibubapa pelajar disentuh. Mereka amat sensitif terhadap aspek pengorbanan ibubapa mereka. Kesedaran pelajar boleh dilihat pada waktu kaedah ini dijalankan.

6.0  CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan dan saranan yang boleh diguna pakai untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:
1.     Mengguna pakai teknik “Belaian Kaunseling Kelompok” untuk memastikan pelajar datang awal ke sekolah dan mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar
2.     Hukuman dan dendaan boleh diteruskan tetapi biarlah berpadanan dengan kesalahan pelajar. Sebaiknya guru-guru perlu memahami sikap dan tingkah laku pelajar agar mereka merasakan diri mereka disayangi dan diterima oleh guru.
3.     Guru-guru juga disarankan menggunakan teknik “belaian kaunseling” dan bertolak ansur agar dapat mengurangkan perasan marah dan dendam pelajar terhadap guru.


Happy weekend 
Pampered yourself 
With variety menu
Ready to cook...huhuhuhu

No comments: