15 March 2016

Majlis Perpisahan Guru Kanan Puan Looi

Selamat petang semua
Hari ini saya nak berkongsi mengenai program Majlis Perpisahan Ketua Bidang Bahasa iaitu Pn Looi yg mendapat tawaran bertugas di tempat lain. Program ini dijalankan pada hari Jumaat lepas penutup untuk cuti sekolah seminggu. Memandangkan Pn Looi akan bertukar dalam cuti sekolah ini, maka kami bercadang untuk mengaturkn majlis perpisahan serentak dgn persaraan Pn Chua. Oleh kerana AJK Juruacara telah membuat latihan raptai untuk Puan Chua maka majlis perpisahan ini di luar majlis rasmi dan dikendalikan oleh saya selaku penyelaras kerana Memegang jawatan selaku AJK Kelab Guru di bawah Unit Profesionalisme menguruskan majlis persaraan, perpisahan dan LADAP. Yeahh..hari yg sy panggil superhot macam lipas kudung lepas satu satu. Bermula dengan acara RAI majlis hari jadi..kemudian majlis perpisahan dan kemudian majlis persaraan bersambung pula dengan Kursus PRS. Mempunyai team PRS sesi pagi yg mantap dan boleh diharap memang memudahkan urusan untuk menjadi runner saya dari menjadi juruacara..pemegang dulang..tukang angkut dan susun hadiah huhu. 
Semoga Puan Looi semakin berjaya di tempat baru. 

Sometimes we need 
Someone To Simply Be There
Not To Fix Anything
Or To Do Anything In Particular
But Just To Let Us Feel
That We Are Cared For And Supported
# thankyouIdaForThisMessage

 

Telegram Channel