Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

1 April 2016

Kem Kembara Anak Soleh Kelas Aliran Agama di Kem Idaman Nurani



                       

1 April permulaan April dengan jadual yang padat. Saya ke Kem idaman Nurani yang terletak di Sungai Lepoh , Hulu Langat di bawah konsultan Al Badru. Saya suka ke sini untuk program berkaitan dengan pemantapan sahsiah murid Islam kerana modul yang digunakan menepati objektif yang saya inginkan dari murid sasaran ini, Satu lagi dengan kos yang berbaloi iaitu 3 hari 2 malam dengan RM100 pakej setiap murid, membuatkan tempat ini adalah pilihan pertama saya.  Saya selalu berhadapan dgn jadual kerja yg ketat bulan ini dgn assigntment yg pelbagai. Hari ini saya menganjurkan kem kembara anak soleh untuk kelas aliran agama iaitu 73 murid dari kelas ting 1 hingga 3 imtiyaz. Tambahan murid form 4 dari kelas KAA masa ting 3 juga seramai 9 orang. Kami bertolak pukul 3.30 petang dan tiba hampir 4.30 petang di Kem Idaman Nurani. Telah hampir 6 tahun juga saya tidak ke mari.

Antara aktiviti yang dijalankan hari ini ialah taklimat keselamatan dan sesi ice breaking.
Slot malam ialah aktiviti LDK dengan mencipta logi dan panji -panji. 
Ada satu slot menarik yang disampaikan oleh En Mahathir  iaitu manusia sebagai khalifah Allah dan sujud syukur di akhir slot mengundang air mata hampir semua peserta pada pukul 12.15 tengah malam. Dengan kesepian dan bunyi unggas di hutan, benar - benar mendengar hati sendiri berbisik :) 

Semoga malam ini memberikan satu suntikan motivasi untuk murid termasuk saya dalam menghadapi kehidupan dan menjaga hubungan dengan Allah dan manusia. 



Hi April
Bulan tersibuk sepanjang tahun
Semoga kesihatan fizikal 
Di tahap terbaik

Taklimat Keselamatan
Sesi ice breaking
Sesi ice breaking
Aktiviti energizer

Fasilitator dalam LDK
Membina panji

Sujud syukur

Berdoa selepas sujud
Sesi memohon maaf


Ceramah Manusia Sebagai Khalifah Allah

No comments: