Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

2 April 2016

Kem Kembara Jungle Tracking Di Bukit Lepoh, Hulu Langat



Kesejukan mencengkam dengan bunyi aliran sungai yang mengalir betul -betul di depan chalet benar-benar mendamaikan hati, mata dan telinga. Selesai peserta menjalankan ibadah qiamullail, solat subuh, riadah dan solat dhuha..peserta menikmati sarapan pagi.

Pada pukul 8.30 pagi, kami telah bersedia menjalankan aktiviti trekking Bukit Lepoh. Saya rasa saya dah lama tidak bersatu dengan alam dan menjalankan aktiviti fizikal di dalam hutan menyebabkan saya cepat penat walaupun baru 20 minit berjalan! Suasana hutan, bau hutan dan pemandangan hijau membuatkan saya terlupa sebentar kepenatan saya yang sudah bermandi peluh. 

Kami berhenti di beberapa tempat. Di satu tempat lapang, setiap kumpulan membuat pembentangan kumpulan masing - masing mengenai panji yang dicipta mereka. Yang paling menarik dan ditunggu -tunggu ialah ke kawasan sungai untuk aktiviti bermandi manda di dalam sungai dalam hutan ini. wahhhhh memang sejuk sangat apabila tangan sahaja mencecah air sungai tersebut. 

Pada pukul 11. 30 pagi, kami menuruni bukit dan tiba ke kem pada pukul 12.30 tengah hari. 
Orait turun sahaja, saya bergegas makan tengah hari kerana saya perlu rushing ke UNITEN Bangi untuk kursus peringkat KPM. 

Modul seterusnya untuk hari ini ialah SMART Solat mengenai amali sembahyang dengan betul, team building. dan aktiviti LDK pada waktu malam.

Bila otak kata ya
Bila badan kata tidak
Sakit kepala..sakit kaki :(


















Bersama guru KKQ dan Bahasa Arab

Bersedia untuk mendaki

No comments: