Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

17 April 2016

Manual Guru Kaunseling Menangani Kesihatan Mental Dan Kes Bunuh Diri

Berdasarkan manual gangguan seksual dan kesihatan mental terbitan KPM
Oleh kerana saya dalam pembinaan modul minda sihat, maka saya share di sini manual yang diterbitkan oleh KPM yang menjadi antara bahan rujukan saya untuk penyediaan modul.

DEFINISI KESIHATAN MENTAL
Situasi di mana seseorang individu itu berupaya menyedari potensinya, boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan sehari-hari, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat
                                                                                                    (WHO, 2001)
3.1     RASIONAL PROGRAM KESIHATAN MENTAL
          Promosi Kesihatan Mental Sekolah telah dikenalpasti sebagai satu komponen penting dalam memupuk psikologikal warga sekolah yang sihat
                 i.          Masalah kesihatan mental semakin meningkat di kalangan kanak-kanak dan remaja
                ii.          Membentuk persekitaran sekolah yang menyokong kesejahteraan murid dan warga sekolah
              iii.          Implikasi sosial dan akademik
              iv.          Mengenalpasti awal masalah kesihatan mental akan mencegah kepada penyakit mental contohnya kemurungan
               v.          Dapat dirujuk kepada pakar dengan segera

3.2     OBJEKTIF PROGRAM KESIHATAN MENTAL
                 i.          Menggalakkan saringan kesihatan mental bagi mengenal pasti tahap stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan murid dan warga sekolah
                ii.          Memberi kemahiran kepada guru-guru untuk mengenal pasti secara awal. murid yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan) berterusan, kemurungan dan masalah emosi dan tingkah laku.
              iii.          Melahirkan  murid yang berkemahiran menangani stres dan cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi.
              iv.          Memberi kemahiran psikologi dan kaunseling kepada guru-guru untuk mengendalikan murid yang mengalami masalah emosi, tingkah laku dan permasalahan mental.
               v.          Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.



3.3     PENDEKATAN PROGRAM
Empat pendekatan program Minda Sihat yang akan turut dilaksanakan melalui pendekatan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah:
a)    Pendekatan Pencegahan
b)    Pendekatan Perkembagan
c)     Pendekatan Pemulihan
d)    Pendekatan Krisis

3.4     LANGKAH MENCAPAI KESIHATAN MENTAL REMAJA YANG BAIK
a)      Amalkan cara hidup sihat
b)      Tetapkan matlamat hidup realistik
c)       Berfikiran positif
d)      Membuat keputusan dengan bijak
e)      Berhati-hati memilih kawan
f)        Menghargai diri mereka
g)      Berani berkata “tidak”
h)      Berkongsi masalah
i)         Beri perhatian kepada perasaan
j)        Galakkan berpersatuan
k)       Menjarakkan perubahan dalam hidup
l)         Membina keluarga bahagia
m)    Menggalakkan kemampuan daya tindak
n)      Mengamal nilai-nilai moral dan keagamaan



3.5     KESAN JIKA KESIHATAN MENTAL REMAJA TIDAK TERCAPAI
a)      Gangguan tidur dan selera makan
b)      Mengasing diri
c)       Memberontak
d)      Bersikap anti sosial
e)      Masalah berkaitan sekolah
f)        Kurang keyakinan diri
g)      Keresahan
h)      Kecelaruan tingkahlaku
i)         Penyalahgunaan dadah
j)        Kemurungan
k)       Penderaan kanak-kanak
l)         Masalah tingkahlaku seksual dan kehamilan remaja
m)    Tingkahlaku agresif




3.6       PANDUAN MENANGANI KES BUNUH DIRI
SEBELUM
a)    Memberi maklumat umum berkaitan kes bunuh diri & kesihatan mental
-                  Brosur
-                  Poster
-                  Ceramah
                                        Contoh
o           Modul Ingat Sebelum Kena
o           Nilai-nilai murni,
o           Keagamaan
o           Kasih-sayang

                     -        Bengkel
                                        Contoh
o   Modul Keremajaan
o   Program Minda Sihat –KKM
o   Program Saya Selamat (PS The Children)

-                  Taklimat
o   Semasa perhimpunan
o   Program Orientasi

-                  Pameran
o    Kebajikan Masyarakat
o    Kesihatan
o    Polis

·                 Mengenalpasti tanda-tanda awal kes
-                  Perubahan fizikal
-                  Perubahan emosi
-                  Perubahan tingkah laku
-                  Luahan perasaan
-                  Saringan minda sihat – Soal Selidik DASS 21

SEMASA
a)          Menenangkan suasana
b)          Menenangkan mangsa
c)          Memberi bantuan awal kecemasan
d)          Hubungi pengurusan sekolah
e)          Hubungi 999 Talian kecemasan
f)            Hubungi penjaga
g)          Kawalan keselamatan tempat kejadian

SELEPAS
a)      Mangsa masih hidup
o        Laksanakan program intervensi
o        Perbincangan dengan ibu bapa
o        Sesi kaunseling dan pemantauan berterusan
o        Menyediakan laporan kepada PPD dan JPN

b)      Mangsa meninggal dunia
o       Menyediakan laporan kepada PPD dan JPN
o        Bimbingan kelompok untuk warga sekolah
o       Maklumat sebenar untuk komuniti setempat
o       Ziarah ke rumah keluarga mangsa




 SENARAI SEMAK MENANGANI KES RISIKO BUNUH DIRI
BIL
PROSES KERJA
TINDAKAN
(/)
CATATAN
1
Mengenal pasti  klien  yang  mempunyai  tanda-tanda awal gejala bunuh diri melalui tingkah laku, ekspresi muka, kecederaan fizikal  dan perubahan emosi  luar biasa ataupun maklumat rakan-rakan klien dan warga sekolah


2
Berjumpa dengan klien  berkenaan dan menjalankan Saringan Minda Sihat  untuk mengkategorikan tahap kes klien.


3
Guru bimbingan dan kaunseling menjalankan intervensi terhadap klien mengikut tahap yang telah dikategorikan.


(i) NORMAL
Melaksanakan program pendidikan kesihatan dan tindakan susulan.


(ii) RINGAN
Meningkatkan kemahiran klien dengan Kemahiran Daya Tindak melalui sesi kaunseling
Tangani Stres, Kawal Marah
Penyelesaian masalah
Asertif
Berfikiran Positif
Komunikasi Berkesan


(iii) SEDERHANA
Mendedahkan teknik relaksasi kepada klien melalui sesi kaunseling
Latihan Pernafasan
Senaman Bahu dan Leher
Urutan Bahu dan Leher
Terapi Muzik
Terapi Aroma


(iv) SERIUS
Perbincangan dengan pengetua sekolah berdasarkan analisa yang diperoleh dan memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga untuk dirujuk kepada psikiatri di hospital.



4

Merekod hasil bimbingan dan kaunseling dengan klien dan laporan difailkan.






IOI Mall
The Jungle Book
Thank you Icah for the tickets :)




No comments: