Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

21 May 2016

BORANG KEBERHASILAN GURU KAUNSELING 2016 : CONTOH


Berikut merupakan borang keberhasilan penilaian awal. 

Sila klik link ini untuk PENILAIAN AKHIR BORANG KEBERHASILAN GURU KAUNSELING 


1. Penilaian keberhasilan merupakan salah satu komponen dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).

2. Penilaian ini akan digunakan untuk menilai keberhasilan dalan PBPPP, mencatat sasaran kerja, mengira sasaran kerja yang melebihi jumlah yang disasarkan dan akan digunakan untuk keperluan-keperluan lain dalam perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

3. Asas penilaian:

a. menilai peningkatan sasaran
Sebarang bentuk kemajuan dan perkembangan pengetahuan/ kemahiran/ hasil kerja/ nilai/ amalan dan tingkah laku berdasarkan peningkatan sasaran.
b. menilai pencapaian sasaran

Kejayaan kerja yang telah ditetapkan berdasarkan pencapaian sasaran.
c. menilai usaha yang dilaksanakan

Amalan kerja yang dilakukan ke arah keberhasilan berdasarkan penilaian profesional (professional judgement


4. Wajaran penilaian keberhasilan adalah 10% walaubagaimana pun atas saranan JPA, peratus keberhasilan akan ditingkatkan secara berperingkat.

5. Perbincangan keberhasilan antara PYD dengan Pegawai Penilai 1(PP1) dan Pegawai Penilai 2 (PP2)perlu dilaksanakan sepanjang proses penilaian.

6. Proses penilaian keberhasilan dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun. Skor penilaian hendaklah diberikan pada pertengahan tahun/ semester/ penggal (Penilaian Pertama) dan dimuktamadkan pada akhir tahun/ semester/ penggal (Penilaian Akhir)dalam tahun penilaian.

7. Bidang tugas bermaksud skop tugas PYD. Tiada penetapan khusus berkaitan bidang tugas. PP dan PYD perlu berbincang dalam menentukan sendiri bidang tugas yang bersesuaian.

8. Sasaran kerja bermaksud hasil kerja (minimum 5 sasaran) yang perlu dipacu ke arah pencapaian organisasi. Semua penyataan sasaran hendaklah dalam bentuk kuantitatif dan / atau kualitatif. Semua sasaran kerja perlu dicatat dalam Borang Keberhasilan yang disimpan oleh PYD, PP1 dan PP2.


9. PP perlu mengisi markah keberhasilan setiap sasaran mengikut julat markah seperti Jadual 1.
Jadual 1: Tahap Keberhasilan dan Julat Markah Tahap Keberhasilan
Julat Markah
Skor
CEMERLANG
76 - 100
4
BAIK
51 - 75
3
SEDERHANA
26 - 50
2
LEMAH
0-25
1


10. Kaedah pengiraan markah purata pencapaian keberhasilan seperti berikut:
Jumlah Markah Keberhasilan
Jumlah sasaran
= Purata Markah Keberhasilan


11. Purata markah keberhasilan perlu diubah dalam bentuk skor untuk dimasukkan dalam sistem e-Prestasi.

12. Melebihi jumlah yang disasarkan bermaksud melebihi sasaran yang disasarkan. Tanda () jika melebihi sasaran dan tanda (–) jika tidak melebihi sasaran .

13. Melebihi jumlah yang disasarkan bermaksud:
i) melebihi kualiti sasaran; atau
ii) melebihi kuantii sasaran; atau
iii) mengurangkan masa sasaran; atau
iv) mengurangkan kos sasaran; atau
v) mendapat penghargaan daripada pelbagai pihak; atau
vi) mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak; atau
vii) mendapat ganjaran atau anugerah daripada pelbagai pihak.
14. Kaedah pengiraan jumlah markah melebihi jumlah yang disasarkan ialah:


14. Kaedah pengiraan jumlah markah melebihi jumlah yang disasarkan ialah:
Melebihi jumlah yang disasarkan
Jumlah sasaran
X 100
= Markah melebihi    sasaran


15. Bilangan sasaran bermaksud bilangan keseluruhan sasaran.

16. Catatan bermaksud makluman berkaitan sasaran sama ada kekal, pinda , tambah atau gugur selepas semakan sasaran dilakukan pada selepas penilaian pertama.


Saya nak ingatkan di sini bahawa keberhasilan guru kaunseling memang banyak perkara yang ingin diukur tetapi guru kaunseling sendiri perlu faham apakah keberhasilan di bawah kawalannya yang ingin diukur. Jika semua aspek ingin diukur, itu adalah instrumen fungsional dan generik yang mana 90 peratus memang di nilai oleh pengetua atau penilai kita berdasarkan eviden sama ada dokumen, pemerhatian tetapi keberhasilan ialah apa bidang yang kita nak menujukkan berlakunya impak dalam perlaksanaan program yang dijalankan. Ia tidak mengkhususkan sesuatu yang wajib kerana fleksibiliti program UBK sendiri. Jika kita mempunyai rakan sejawat di sekolah, mungkin keberhasilannya berbeza dengan kita kerana sasaran murid petang dan pagi yang berbeza dari segi program. Atau jika anda guru kaunseling yang mengendalikan psikososial program murid minda sihat, bagi guru kaunseling petang yang boleh diukur keberhasilan, mungkin guru sesi petang pula lebih kepada psikososial motivasi dan orientasi murid baru. Bagi guru kaunseling yang mengendalikan psikometrik mungkin dia akan letak tingkatan 3 sahaja manakala rakan sejawatnya yang satu lagi meletakkan murid ting 1 sahaja . Disinilah yang membezakan antara keberhasilan seorang kaunselor dengan kaunselor yang lain bergantung kepada SKT dan bidang tugas masing masing. Oleh itu, apa sahaja bidang yang anda letak di keberhasilan ini, sila pastikan anda tau apa yang ingin diukur sewaktu berbincang dengan penilai.


Sila klik link ini PENILAIAN AKHIR BORANG KEBERHASILAN GURU KAUNSELING



BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BORANG MARKAH KEBERHASILAN TAHUN 2016
NAMA PYD
NURHAIZA BT CHE MAT
GRED JAWATAN
NO.K.P.

TEMPAT BERTUGAS
SMK CHERAS, KUALA LUMPUR 
JANTINA
 PEREMPUAN
JAWATAN
 KETUA GURU BIMBINGAN & KAUNSELING







BIDANG TUGAS
NO
SASARAN KERJA
PENILAIAN PERTAMA
PENILAIAN AKHIR
MELEBIHI SASARAN
CATATAN
PENGURUSAN KEWANGAN
1
 MEMBELANJAKAN PCG KAUNSELING DAN MENINGGALKAN BAKI AKHIR TAHUN SEBANYAK 2 PERATUS SAHAJA

 PENGURUSAN SESI KAUNSELING
 MENJALANKAN SESI KAUNSELING INDIVIDU SEBANYAK 5 SESI SEMINGGU
38 MINGGU X 5 = 180 SESI


 MENJALANKAN SESI KAUNSELING KELOMPOK SEBANYAK 1 SESI SEMINGGU
38 MINGGU X 1 SESI = 38 SESI


 4
 MENJALANKAN SESI KONSULTASI DENGAN IBU BAPA SEBANYAK 38 KALI SETAHUN




 PENINGKATAN SAHSIAH
 5
 AKTIVITI SAHSIAH MELALUI SLOT SEBULAN SEKALI UBK BERSAMA MURID MORAL SESI PAGI




 6
MENGADAKAN AKTIVITI RAI HARI JADI 100%  WARGA SEKOLAH DAN MEMUPUK SIKAP MENGHARGAI





 7
 PERJUMPAAN AHLI PRS SEBANYAK 20 KALI SETAHUN UNTUK AKTIVITI DAN LATIHAN PRS




PENINGKATAN DISIPLIN 
 8
 PENINGKATAN SEBANYAK 3% KEHADIRAN KE SEKOLAH BERBANDING TAHUN LEPAS
MELALUI PROGRAM ZOOM IN





 9
 PENURUNAN SEBANYAK 0.01 % MASALAH DISIPLIN MURID MELALUI PROGRAM SPOT





 10
 MENINGKATKAN MURID KATEGORI BUTTERFLY  SUIT DARI  NEGATIF KE POSITIF SERAMAI 15 ORANG SETAHUN




 PSIKOSOSIAL
 11
 MENJALANKAN UJIAN DASS DAN GAYA DAYA TINDAK KEPADA SEMUA MURID TING 4
.





12 
 MENURUNKAN KADAR  70% MURID STRESS, ANZIETY DAN KEMURUNGAN YANG TERUK KE TAHAP LEBIH BAIK SELEPAS SARINGAN KEDUA




 KERJAYA
 13
 MENJALANKAN AKTIVITI KELAB KERJAYA SEBANYAK 12 KALI SETAHUN





 14
 MENJALANKAN PSIKOMETRIK KEPADA SEMUA MURID TING 1 DAN 3




 INOVASI/KAJIAN TINDAKAN
 15
MENJALANKAN SATU KAJIAN TINDAKAN 





 16
 MENYERTAI 2 PERTANDINGAN INOVASI




 PENGURUSAN
 17
MENINGKATKAN INDEKS PERSEPSI MURID TERHADAP GURU KATEGORI PENYAYANG SELAKU SETIAUSAHA  PROGRAM GURU PENYAYANG





 18
 PENINGKATAN MURID 6A KE ATAS DALAM SPM MELALUI PROGRAM JUARA SELAKU PENYELARAS JUARA





 19
 MENJALANKAN 3 KALI LDP SETAHUN SELAKU AJK BIRO PROFESIONALISME KELAB GURU





 20
AKTIVITI DALAM RANCANGAN TAHUNAN UBK DAPAT DIJALANKAN 100% 




BILANGAN SASARAN YANG DINILAI

JUMLAH MARKAH

PENCAPAIAN

SKOR








PENILAIAN PERTAMA
PENILAIAN AKHIR
PP1


PP2


PYD


Nisyfu Sya'ban
 

8 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...terima kasih beribu-ribu lemon...byk manfaat dapat di sini...mohon izin diriku copy/paste..beberapa bhn minda sihat di sini...tq.

drpd ; wan ashibah
GBK smk kubang bemban.pasir mas kelantan.

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Terima kasih menggunakan bahan ini. Semoga bermanfaat. Saya izinkan anda copy paste.

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian cikgu....saya ambik panduan dan rujukan untuk borang keberhasilan...

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian.....saya gunakan borang keberhasilan sebagai rujukan

Cikgu Mohd Kharul Zaman
Johor Bahru

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Sila gunakan. Keberhasilan adalah work based anda di sekolah. Ada peningkatan dalam aspek work based sudah ada pemarkahan krn yg penting dlm setiap aspek keberhasilan bukan seperti skt yg pjg berjela untuk capai sasaran KPI. Keberhasilan jika ada peningkatan walau 1 sudah ada kejayaan :)

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Sila gunakan untuk rujukan. Sy selalu menerima feedback yg keberhasilan sy agak banyak . Yg penting bg setiap gbk hanya 5 aspek bidang sahaja. Jika setiap aspek ada 2 shj pun tidak mengapa. Ini kerana jumlah skor akan dibahagi dgn jumlah item keberhasilan utk purata skor. Dan apa shj keberhasilan yg anda letak adalah persetujuan bersama dgn penilai.

Anonymous said...

Alhamdulillah.. sangat memberi maklumat yang berguna.. semoga puan dipermudahkan segala urusan.. mohon dijadikan rujukan untuk borang keberhasilan saya..

Kaunselor Nurhaiza Che Mat said...

Terima kasih di atas doa kamu. Semoga dapat dimanfaatkan org lain pula