1 May 2016

Kaedah Pengiraan Aktiviti PIBK Dan KPI 2016


Berdasarkan kertas kerja dan KPI oleh BPSH untuk tahun 2016 mengenai aktiviti PIBK sebagai panduan penyelaras PIBK , setiausaha PIBG atau penyelaras KSIB yang terdiri dari guru-guru kaunseling bagi tahun 2016

                                         



KERTAS KERJA PELAKSANAAN 
INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)


1.0 TAJUK
Inisiatif PPPM #62 Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti

2.0 ANJAKAN 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan swasta secara meluas

3.0 LATAR BELAKANG
Kajian antarabangsa menunjukkan dengan jelas bahawa proses pembelajaran turut berlaku di luar sekolah, termasuk di rumah dan dalam komuniti.  Di Malaysia, kira-kira satu perempat daripada masa murid yang berumur antara 7 hingga 17 tahun dihabiskan di sekolah.

Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada sistem sekolah kepada sistem pembelajaran dengan melibatkan ibu bapa, komuniti dan masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid.

Kajian antarabangsa juga membuktikan bahawa sekolah yang melibatkan sektor perniagaan, organisasi awam dan institusi pengajian tinggi mendapat manfaat termasuklah mendapat pencapaian akademik yang lebih tinggi dan ketidakhadiran murid yang rendah.

Pelibatan semua pihak berkepentingan ini akan mewujudkan ekosistem pembelajaran yang memperkukuhkan pengajaran ilmu, kemahiran dan nilai yang diajar kepada murid di sekolah.

4.0 HASRAT INISIATIF

4.1 Hasrat  1 : Tanggungjawab mendidik anak-anak adalah tanggungjawab bersama pihak sekolah dan ibu bapa.
4.2 Hasrat 2 : Pelibatan ibu bapa dan komuniti secara aktif sebagai rakan sekolah akan meningkatkan proses pembelajaran, keberhasilan murid dan prestasi sekolah.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui pelibatan ibu bapa dan akses dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah;
5.2 Menggalakkan  komuniti sebagai rakan yang mampu memberi sumbangan kepakaran untuk kemajuan sekolah;

5.3 Meningkatkan kesediaan ibu bapa, komuniti dan masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid;

5.4 Membantu pihak sekolah dengan kerjasama PIBG bagi merancang aktiviti / program sekolah yang boleh melibatkan pihak berkepentingan secara aktif dan berkesan;

5.5 Memperkasakan pelibatan ibu bapa dan komuniti sebagai rakan yang aktif dalam proses pembelajaran murid di sekolah.

6.0 KUMPULAN SASARAN
Ibu bapa dan komuniti di setiap sekolah menengah dan rendah di bawah KPM

7.0 KPI
Peratus sekolah yang mendapat skor purata kehadiran ibu bapa dalam enam aktiviti utama sebanyak 65 peratus dan ke atas.
Peratus kehadiran ibu bapa yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti PIBG/sekolah

Rujuk kamus KPI (Lampiran 1A, 1B)


8.0 JAWATANKUASA PIBK DAN TERMA RUJUKAN

8.1 Jawatankuasa Task Force Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti
(Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah)

Rujuk Senarai Jawatankuasa Task Force(Lampiran 2Ai, 2Aii, 2Aiii)
Rujuk Term of Reference (TOR TF KPM, TOR TF JPN, TOR TF PPD)


8.2 Jawatankuasa Pelaksana Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti
(Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah)

Rujuk Senarai Jawatankuasa Pelaksana (Lampiran 2Bi, 2Bii)
Rujuk Term of Reference (TOR Pelaksana)

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

9.1 Pemantapan Pelaksanaan PIBK

9.1.1 Mesyuarat Penyelarasan Pegawai Meja PIBK Kebangsaan/ Negeri/ Daerah
9.1.2 Mesyuarat Task Force PIBK Kebangsaan/Negeri/Daerah @Mesyuarat Pengurusan JPN
9.1.3 Taklimat/Bimbingan  PIBK peringkat negeri/daerah/sekolah

9.2 Pengoperasian PIBK

9.2.1 Penataran JU PIBK /KPSK (Peringkat KPM)
Menyebarkan maklumat PIBK

9.2.2 Menyelia pengoperasian PIBK melibatkan 6 aktiviti sekolah

Hari Pendaftaran
Hari Penetapan Target
Mesyuarat Agung PIBG
Hari Pelaporan
Hari Sukan
Hari Anugerah Kecemerlangan

9.2.3 Menyelia pengoperasian PIBK melibatkan ibu bapa/penjaga terlibat secara sukarela dalam aktiviti PIBG/sekolah

Mendapatkan jumlah ibu bapa/penjaga yang terlibat secara sukarela di sekolah

9.2.4   Pengumpulan data PIBK dalam 6 aktiviti sekolah dan pelibatan ibu bapa/penjaga secara sukarela
Memastikan pengedaran templat pengisian data
Memastikan pengumpulan data (e-Sarana)
Mesyuarat verifikasi dan intervensi data
Mesyuarat post mortem

9.3 Pemantauan PIBK

9.3.1 Pemantauan pelaksanaan PIBK

Rujuk SKT PIBK (Lampiran 3)
Rujuk Milestone Chart (Lampiran 4A, 4B, 4C)

10.0 KAEDAH PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN

10.1 Pengukuran KPI
Menggunakan data e-Sarana; ATAU
Menggunakan data secara manual

10.2 Pemantauan Pelaksanaan PIBK
Instrumen pemantauan (dikeluarkan oleh BPSH, KPM)


11.0 TEMPOH PENGUMPULAN DATA
Pengumpulan data bagi KPI 1 dilaksanakan sebanyak 3 kali setahun mengikut ketetapan berikut:

11.1 Sebelum 31 Mac – Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target
11.2 Sebelum 31 Julai – Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pelaporan
11.3 Sebelum 30 November – Hari Sukan dan Hari Anugerah Kecemerlangan

Pengumpulan data bagi KPI 2 dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun mengikut ketetapan berikut:

11.4 Sebelum 31 Mei dan 30 November – Bilangan ibu/bapa/penjaga yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti PIBG/sekolah

12.0 IMPLIKASI KEWANGAN
Peruntukan disediakan oleh PADU sebanyak RM1.5 juta bagi pelaksanaan tahun 2015 melibatkan semua pengoperasian dari peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.


13.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO
Dalam melaksanakan inisiatif ini, risiko yang bakal dihadapi turut dikenalpasti.  Pelan Pengurusan Risiko disediakan untuk memastikan tindakan susulan dapat diambil oleh semua peringkat pelaksana supaya objektif dan KPI inisiatif ini berjaya dicapai.
Rujuk Pelan Pengurusan Risiko (Lampiran 5)











KPI
Peratus sekolah  yang mendapat skor purata kehadiran ibu bapa dalam 6 aktiviti sebanyak 65% dan ke atas
.

TAFSIRAN Inisiatif PPPM dan Aspirasi
Inisiatif PPPM #62 Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti
Melibatkan ibu bapa dan komuniti bagi meningkatkan prestasi murid

Objektif Pengukuran
KPI ini adalah bagi mengukur peratus sekolah yang mendapat skor purata kehadiran ibu bapa/penjaga dalam 6 aktiviti sekolah sebanyak  65 peratus dan ke atas.

Definisi:
a) Ibu bapa/penjaga
- bermaksud sama ada salah seorang ibu atau bapa atau penjaga atau kedua-dua ibu bapa
- Jika ibu bapa mempunyai lebih daripada seorang anak maka pengiraan dikira sekali sahaja

b) Kehadiran
- Bermaksud sama ada salah seorang ibu atau bapa atau penjaga yang hadir dalam 6 aktiviti utama

c) Peratus kehadiran  65  peratus ke atas
- merujuk kepada purata peratus kehadiran ibu atau bapa atau penjaga yang menghadiri 6 aktiviti utama.
- mencapai sasaran 65% ke atas bagi setiap sekolah

d) Peratus sekolah
- Merujuk peratus sekolah yang  mana kehadiran ibu atau bapa atau penjaga dalam keseluruhan keenam-enam aktiviti mencapai purata 65% atau ke atas.

e) Pengiraan pencapaian
- Pencapaian muktamad kehadiran ibu atau bapa atau penjaga akan diukur selepas semua 6 aktiviti dijalankan oleh pihak sekolah

f) Denominator
- Jumlah keseluruhan ibu atau bapa atau penjaga yang sepatutnya hadir untuk enam aktiviti utama di sekolah.


KAEDAH PENGUKURAN

Aktiviti Bilangan ibu/bapa/penjaga yang sepatutnya hadir

Formula
a) Hari Pendaftaran
Semua ibu/bapa/penjaga Tahun 1 (sekolah rendah) atau Peralihan (sekiranya ada kelas Peralihan) dan Tingkatan 1 (sekolah menengah)
Sekolah rendah :     bilangan ibu/bapa/penjaga tahun 1yang hadir / jumlah keseluruhan ibu/bapa/penjaga tahun 1

Sekolah menengah : bilangan ibu/bapa/penjaga ting 1dan peralihan yang hadir / jumlah keseluruhan ibu/bapa/penjaga ting 1 dan peralihan yang hadir



b) Hari Penetapan Target
Semua ibu/bapa/penjaga kelas Tahun 6 (sekolah rendah) atau Tingkatan 5 (sekolah menengah)

Sekolah rendah : bilangan ibu/bapa/penjaga tahun 6 yang hadir /
                                          jumlah keseluruhan ibu/bapa/penjaga tahun 6


Sekolah menengah : bilangan ibu/bapa/penjaga ting 5 yang hadir /
                          jumlah keseluruhan ibu/bapa/penjaga ting 5 yang hadir


c) Mesyuarat Agung Tahunan PIBG:  Bilangan ibu /bapa/penjaga  yang hadir /
                                                                          Jumlah keseluruhan  ibu/bapa/penjaga di sekolah

d) Hari Pelaporan Bilangan ibu /bapa / penjaga yang hadir /
                                       Jumlah ibu/bapa/penjaga  di sekolah



e) Hari Sukan Tahunan
Semua ibu/bapa/penjaga murid yang mengambil bahagian dalam sukan/aktiviti kawad/persembahan

 Bilangan ibu /bapa / penjaga yang hadir /  Jumlah ibu/bapa/penjaga murid yang mengambil bahagian


f) Hari Anugerah Semua ibu/bapa/penjaga murid yang mendapat anugerah
Bilangan ibu /bapa / penjaga yang hadir /  Jumlah ibu/bapa/penjaga murid yang mendapat anugerah


i) Purata Peratus kehadiran ibu bapa ibu/bapa/penjaga dalam 6 aktiviti utama

                     A  +  B  +  C +  D + E + F                                     X  100
                                                       
                                                            6




                                                 
Keperluan Data

Data Input Pemilik Data Kekerapan
Bilangan ibu/bapa/penjaga yang menghadiri aktiviti sekolah Sekolah 3 kali setahun :
31 Mac – Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target
31 Julai – Mesyuarat Agung PIBG, Hari Pelaporan
30 November – Hari Sukan, Hari Anugerah


Kaviet:

Tidak termasuk sekolah-sekolah bukan di bawah KPM  (contoh: ILP, Sekolah Integriti, Sekolah Swasta)
.



TREND PENCAPAIAN
Tahun Peratus sekolah yang mendapat skor purata kehadiran ibu bapa dalam 6 aktiviti  sekolah sebanyak  65% dan ke atas.
2011 .
2012 .
2013 .
2014 .
2015 83.54%


SASARAN 85%
JUSTIFIKASI

Peratus sekolah yang mendapat skor purata kehadiran ibu/bapa/penjaga dalam 6 aktiviti sekolah sebanyak 65% dan ke atas. Ini mengambil kira data yang diperolehi tahun 2015  dijadikan baseline bagi setiap sekolah untuk merancang tindakan selanjutnya bagi meningkatkan pelibatan dan kehadiran ibu atau bapa atau penjaga dalam 6 aktiviti utama di sekolah.

.

DOKUMEN SOKONGAN


Data Input Pemilik Data Kekerapan
Laporan analisis data kehadiran keseluruhan
(Hari Pendaftaran, Hari Penetapan Target, Mesyuarat Agong Tahunan PIBG, Hari Pelaporan, Hari Sukan, Hari Anugerah)



e Sarana 3 kali setahun

FREKUENSI LAPORAN/ DATA 3 kali setahun – 31 Mac, 31 Julai, 30 November




KPI Peratus kehadiran ibu bapa yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti PIBG/Sekolah 
TAFSIRAN Inisiatif PPPM dan Aspirasi
o Inisiatif PPPM #62 Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti
o Melibatkan ibu bapa/penjaga dan komuniti bagi meningkatkan prestasi murid

Objektif Pengukuran
o KPI ini adalah bagi mengukur pelibatan ibu bapa/penjaga secara sukarela di sekolah, iaitu, peratus ibu bapa/penjaga yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti PIBG atau sekolah.

Definisi:
a) Ibu bapa
- Bermaksud sama ada salah seorang ibu atau bapa atau kedua-dua ibu bapa;

b) Penjaga
- Bermaksud sseseorang yang sedang mempunyai penjagaan atau kawalan ke atas sesesorang murid, berdasarkan seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001;

c) Penglibatan secara sukarela
- Bermaksud pelibatan dan/atau sumbangan ibu bapa atau penjaga dalam aktiviti PIBG/Sekolah dalam bentuk tenaga, bahan-bahan dan/atau kewangan atas kemahuan sendiri; dan

d)         Aktiviti PIBG/Sekolah
            -  Bermaksud aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PIBG dan/atau   Sekolah dengan persetujuan pihak pentadbiran sekolah bagi memanfaatkan peningkatan pencapaian akademik dan sahsiah murid-murid sekolah serta kecemerlangan sekolah.


KAEDAH PENGUKURAN
Formula
ii) Peratus ibu bapa / penjaga yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti PIBG/sekolah per

Bilangan ibu bapa/penjaga murid yang terlibat secara sukarela di sekolah seluruh negara       x 100                            
  Jumlah ibu/bapa/penjaga murid di sekolah seluruh negara***

*** Nota : Bilangan keluarga di sekolah

Walaupun ibu atau bapa atau penjaga mungkin terlibat dalam beberapa aktiviti secara sukarela, kehadiran ibu atau bapa atau penjaga tersebut akan dikira sekali sahaja.


Keperluan Data

Data Input Pemilik Data Kekerapan

Bilangan ibu bapa/penjaga yang terlibat secara sukarela dalam aktiviti PIBG/sekolah Sekolah Data dikemaskini 2   kali setahun :
31 Mei
30 November
                                                     

TREND PENCAPAIAN

Tahun Peratus Pelibatan Sukarelawan  (%)
2013 -
2014 -
2015 15.33%
2016 25%

SASARAN 25%
JUSTIFIKASI


Sasaran 25% bagi penglibatan ibu bapa /penjaga secara sukarela pada tahun 2016 ditetapkan berdasarkan unjuran tahunan bagi mencapai sasaran 60% menjelang tahun 2020.


DOKUMEN SOKONGAN Data akan diperoleh dan dianalisa daripada sistem dalam talian e-Sarana
yang akan diisi oleh pihak sekolah.
FREKUENSI LAPORAN/ DATA 2  kali setahun – 31 Mei dan 30 November




JAWATANKUASA TASK FORCE
INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)
 PERINGKAT DAERAH


BIL AHLI JAWATANKUASA JAWATAN
1. Pengerusi Pegawai Pendidikan Daerah

2. TimbalanPengerusi Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah

3. Setiausaha
PenolongSetiausaha Penolong PPD Daerah/
Penolong PPD Perhubungan Daerah

Pegawai Meja PIBK Daerah
(bergantung PPD masing-masing)

4. AhliJawatankuasa
Pen. PPD PengurusanSekolah
Pen. PPD Hal EhwalMurid
Pen. PPD Akademik
Pen. PPD Maklumat dan ICT




TERM OF REFERENCE (TOR)
JAWATANKUASA TASK FORCE 
INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)
PERINGKAT DAERAH


1. Memastikan penubuhan jawatankuasa yang melibatkan pelantikan ahli-ahli seperti ketetapan yang dibuat oleh JPN.
2. Mengadakan mesyuarat secara berkala sebanyak 2 kali setahun.
3. Merancang dan menetapkan program dan aktiviti peringkat daerah.
4. Menyelaras pelaksanaan semua program dan aktiviti yang dirancang.
5. Memberi sokongan dan bantuan terhadap pelaksanaan program dan aktiviti.
6. Menyelaras pemantauan pelaksanaan program dan aktiviti.
7. Menerima, menyemak dan mengesahkan data dan laporan dari sekolah.
8. Menyediakan laporan peringkat daerah.
9. Mengadakan post mortem pelaksanaan program dan aktiviti.
10. Merancang tindakan susulan.
11. Menilai keberkesanan tindakan susulan.


TERM OF REFERENCE (TOR)
JAWATANKUASA PELAKSANA 
INISIATIF PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI (PIBK)


1. Mengadakan mesyuarat mengikut program yang dirancang.
2. Melaksana program dan aktiviti yang telah dirancang.
3. Menyediakan laporan pelaksanaan program.
4. Menyerahkan laporan kepada JK Task Force PIBK.
5. Melaksana tindakan susulan.
6. Menyediakan dan menyerahkan laporan tindakan susulan kepada JK Task Force PIBK.


Selamat Hari Pekerja
Bonding with sisters
Cheras -dinner U2- Healthmaven-
late supper Concorde Shah Alam  :)

 

Telegram Channel