10 May 2016

Kumpulan Inovatif Kreatif SMK Cheras (KIK 2016)

Perjumpaan pertama Kumpulan Inovatif Kreatif SMK Cheras untuk berbincang mengenai projek inovasi. Saya bercadang untuk menyertai pertandingan KIK ini yang baru pertama kali diperkenalkan oleh JPN WPKL untuk guru-guru. Tawaran ini hanya terbuka untuk ahli Majlis Guru Cemerlang WPKL dan setiap guru cemerlang yang telah menghadiri kursus KIK ini pada bulan Mac yang lepas diminta membina team kumpulan inovatif kreatif di sekolah masing - masing dan menjalankan projek. Guru cemerlang tersebut perlu menjadi ketua KIK untuk team inovasi mereka di sekolah masing - masing. Kami diberi peluang untuk membina team kami sendiri. Saya bergabung dengan guru cemerlang Kimia sekolah saya iaitu Puan Sharin untuk membina team KIK kami di sekolah. Saya bercadang mempertaruhkan inovasi sistem e- Klien pula yang dibina atas kepakaran Cikgu Padali. Melalui kombinasi 4 orang guru kaunseling, saya juga menjemput 3 orang lagi guru iaitu Puan Sharin Hanum selaku guru cemerlang Kimia yang juga bertindak selaku fasilitator untuk kami menjalankan KIK mengikut prosedur dan storyboard yang betul...huhu ini kerana sewaktu kursus KIK Mac lepas saya hanya sempat berkursus pada hari pertama manakala pada hari kedua saya terpaksa ke JPWP untuk slot ceramah saya bersama guru kaunseling dan guru bimbingan WPKL sewaktu Seminar Guru Bimbingan Kaunseling WPKL 2016. Kedua, Puan Norliza Borhan iaitu penyelaras VLE - Frog untuk bergabung kepakaran melalui sistem blog dan e-klien dan akses melalui VLE Frog, Puan Nafsah Mohd Shah iaitu guru kelas aliran agama yang pakar dalam multimedia dan pernah mendapat anugerah guru inovasi sewaktu Sambutan Hari Guru untuk menyediakan multimedia yang berkesan.

Kami belum memilih nama kumpulan untuk projek KIK kami ini tetapi kami bercadang mengagihkan kerja berdasarkan kepakaran kami iaitu Cikgu Padali sebagai pembina sistem utama, saya dalam mengendalikan sistem blog, Raudzah mengendalikan inventori kaunseling secara online, Rozinani dalam berurusan dengan ibu bapa secara online selaku penyelaras KSIB, Pn Nafsah menyediakan multimedia, Puan Sharin menyediakan storyboard dari mula hingga akhir manakala Puan Norliza Borhan menginegrasikan sistem dengan VLE Frog.


Pertandingan Bahas Hari Guru??
Huhuhu pinangan diterima..ahaks












 

Telegram Channel