17 May 2016

Kumpulan Inovatif Kreatif SMK Cheras: PAKAR e-Klien

Taklimat

Hari ini ialah hari perbincangan seterusnya mengenai KIK kami iaitu kumpulan inovasi dan kreatif. 
Saya membahagikan kerja mengikut kepakaran masing - masing iaitu
Padali - pakar sistem 
Saya - pakar blog 
Raudzah - pakar intervensi psikometrik selaku penyelars psikometrik
Rozinani - pakar ibu bapa KSIB selaku penyelaras KSIB sekolah
Cikgu Norliza Borhan - pakar VLE Frog selaku penyelaras VLE Frog sekolah
Nafsah - pakar multimedia selaku pernah menerima anugerah inovasi Hari Guru 
Puan Sharin Hanum - pakar akademik selaku guru cemerlang sekolah


dan dari situlah idea Padali menamakan kumpulan kami kumpulan PAKAR. 

Saya  bercadang  menamakan PAKAR berdasarkan singkatan kumpulan kami iaitu
P- PAKAR
A- Akademik
K - Kaunseling
A- Aspirasi
R- Rujukan Warga Sekolah
Pakar Akademik, Kaunseling Aspirasi Rujukan Warga Sekolah

Nama dan singkatan dipersetujui oleh semua ahli kumpulan. Dan logo PAKAR dicipta oleh Cikgu Padali yang akan dimurnikan lebih lagi. Oh ye..satu lagi..Padali telah memasukkan ikon e-Klien kami dalam telefon pintar bagi memudahkan guru. 

Maka dengan adanya e-Klien maka sistem ini diperluaskan kepada e- Muird, e-Guru dan e-Ibu Bapa. Sistem ini menggunakan dua database iaitu database kaunseling dan database sekolah. Database kaunseling dikendalikan oleh Cikgu Padali manakala database sekolah dikendalikan oleh Cikgu Norliza Borhan. Oleh kerana KIK ini akan dibentangkan dalam bulan Julai, maka saya akan bercerita lebih terperinci mengenai projek e-klien ini selepas pertandingan bulan September ini nanti. Harap maaf dan sila tunggu update yang seterusnya yer..



Ability is what you're capable of doing
Motivation determines what you do
Attitude determines how well you do
-Lou Holtz-
Ikon pada telefon Padali

Sila komen ikon PAKAR ini

Lay out pada e-guru
Terima kasih cup cake dari ex student yang singgah ke UBK
sewaktu asyik berbincang KIK
 

Telegram Channel