7 May 2016

Kumpulan Sokongan Ibu Bapa

Sebagai guru kaunseling yang merupakan AJK yang bertanggungjawab dengan peranan KSIB di sekolah iaitu kumpulan sokongan ibu bapa, maka sudah tentu apabila guru kelas anak pula apabila meminta kerjasama di kelas, saya perlu juga mengambil bahagian. Kebetulan hari ini ialah mesyuarat PIBG di sekolah dan giliran guru kaunseling seorang lagi iaitu Puan Raudzah untuk menghadirinya, maka dapatlah saya ke sekolah anak untuk membantu dalam keceriaan kelas tersebut. Sepatutnya Sabtu depan ialah program gotong royong Perdana yang melibatkan ibu bapa , tetapi oleh kerana saya terlibat dengan LDP sekolah , maka hari ini sahajalah kesempatan yang boleh saya gunakan untuk membantu di kelas anak. Perkara -perkara lain seperti langsir, keceriaan papan kenyataan akan dibantu oleh ibu bapa yang lain minggu hadapan.

Oh ye keceriaan di wajah anak melihat hasil kerja ibunya di kelasnya sendiri :)




Sudut fail folio yang baru

Sudut bacaan yang baru
Meja guru yang baru
Sudut fail folio yang baru
meja guru semasa aktiviti keceriaan -skirting 
Meja guru  sebelum keceriaan
gambar sebelum keceriaan yang dipost oleh guru kelas
Being sister means 
Being there for each other
Good luck Healthmaven Shah Alam

 

Telegram Channel