2 May 2016

Modul Relief Kelas Menengah Bawah Untuk Guru Kaunseling

Saya share koleksi modul relief kelas untuk menengah bawah iaitu kelas peralihan, kelas tingkatan 1 dan kelas tingkatan 2. Modul ini mengandungi 5 bidang tugas guru kaunseling

Sila klik link Murid Kelas Peralihan
Sila klik link  Murid Tingkatan 1
Sila klik link  Murid Tingkatan 2

Sila klik link ini Membina Jadual Perlaksanaan Modul untuk melihat bagaimana contoh saya membina jadual saya sendiri agar info yang disampaikan tidak bertindan apabila diberi relief sekali lagi dalam kelas yang sama. Semoga ia dapat membantu guru kaunseling ye.

Contoh upload modul bimbingan relief kelas tingkatan 1

Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Orientasi dan Kepentingan Matapelajaran
Objektif


:
1.       Memberi maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.
2.       Mendedahkan peluang kerjaya dengan pilihan mata pelajaran yang sesuai.
3.       Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.
Masa
:
40 minit
Sasaran
:
Tingkatan Satu
Bahan
:
Kertas A4
Langkah - langkah
:
1.  Set Induksi - Guru Kaunseling membuka perbincangan mengenai kepentingan  menguasai setiap mata  pelajaran.
2.  Guru Kaunseling berbincang tentang kepentingan setiap            mata pelajaran.
3.  Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mengikut  mata pelajaran.
4.  Guru Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap mata pelajaran:
i.            Bahasa Melayu
ii.          Bahasa Inggeris
iii.        Matematik
iv.        Sains
v.          Geografi
vi.        Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
vii.      Pendidikan Seni
Penilaian
:
Mencatat maklumat yang diberi.
Rumusan
:

Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran dapat
membolehkan murid memperolehi kemahiran asas, ilmu
pengetahuan dan nilai-nilai murni.

Falsafah
:
1.     Membaca jambatan ilmu.
2.     Mendapat keputusan cemerlang


Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Kemahiran Belajar  : Kemahiran Membaca
Objektif


:
1.     Murid dapat memahami definisi membaca
2.     Murid dapat menguji kepantasan membaca
3.     Murid dapat membaca secara skimming.
4.     Murid dapat membaca secara scanning.
Masa
:
40 minit
Sasaran
:
Tingkatan Satu
Bahan
:
1.       Alat Multimedia
2.       Keratan akhbar (hiburan/sukan)
3.       Bahan Powerpoint
4.       Buku Teks
5.       Buku Nota Pembelajaran
Langkah-langkah
:

1.     Set induksi Guru Kaunseling berbincang dengan murid tentang cara membaca yang diamalkan murid.
2.     Guru Kaunseling memberi satu perkataan asing yang tidak pernah didengar oleh murid. Contoh – (SAYONARA / SAWADIKAP)
3.     Guru Kaunseling bersoal-jawab dengan murid tentang perkataan tersebut.
4.     Guru Kaunseling menerangkan maksud membaca.
5.     Membaca secara skimming ( sepintas lalu ):
                             i.          Guru Kaunseling menerangkan maksud bacaan secara skimming.
                            ii.          Guru Kaunseling meminta murid membuat latihan membaca secara skimming untuk mendapatkan maklumat dan isi kandungan dalam keratan akhbar yang diberi.
6.     Membaca secara scanning ( sekali imbas )
                           i.          Guru Kaunseling menerangkan teknik membaca      secara scanning
                          ii.          Murid diminta membaca sambil mencari maklumat yang diminta.
Penilaian
:
Mencatat maklumat yang diberi.
Rumusan
:

Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran dapat membolehkan murid memperolehi kemahiran asas, ilmu
pengetahuan dan nilai-nilai murni.

Falsafah
:
1. Membaca jambatan ilmu.
2. Mendapat keputusan cemerlang dalam mata pelajaran.





Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Kemahiran Belajar : Kemahiran Mengingat
Objektif

:
1.     Murid dapat menggunakan kaedah mengingat dengan betul.
2.     Murid menggunakan teknik mengingat cepat dalam pembelajaran.
Masa
:
40 minit
Sasaran
:
Tingkatan Satu
Bahan
:
Alat multimedia, kertas A4, buku teks
Langkah-langkah
:

1.     Set Induksi- Guru Kaunseling menunjukkan 10 benda yang berlainan jenis dari pelbagai kategori dan menyimpan semula dalam masa 1 minit. Murid menyebut benda tersebut.

2.     Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan.

3.     Guru Kaunseling menerangkan aktiviti yang dijalankan.

4.     Guru Kaunseling memberi satu petikan mudah dan membimbing murid membentuk isi-isi penting secara peta minda.

5.     Guru Kaunseling memberi teks dan meminta murid menghuraikan isi dalam peta minda.

6.     Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil kumpulan masing-masing.
Penilaian
:
Guru Kaunseling membimbing dan memerhatikan cara murid menyediakan peta minda.
Rumusan
:
Teknik mengingat dapat membantu murid mencari isi penting.
Falsafah
:
Kemahiran ini dapat membantu murid mengekalkan daya ingatan


Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Kemahiran Mendengar  (Proses Mendengar)
Objektif


:
1.     Murid dapat mengetahui tentang peringkat-peringkat dalam proses mendengar.
2.     Murid dapat menjalankan aktiviti bagaimana berlakunya proses mendengar.
Masa
:
40  minit
Sasaran
:
Tingkatan Satu
Bahan
:
Petikan teks, alat multimedia, alat tulis dan pensil warna
Langkah-langkah
:
1.     Set Induksi- Guru Kaunseling menyampaikan maklumat dengan nada suara perlahan.
2.     Guru Kaunseling menerangkan tentang langkah-langkah dalam proses mendengar:
Proses Mendengar
                           i.     Dengar
                          ii.     Faham
                        iii.     Buat catatan
                        iv.     Kemaskini catatan
                         v.     Buat nota/ Peta minda
3.     Murid diminta menjalankan aktiviti yang diberikan oleh Guru Kaunseling seperti berikut:
                             i.     Menyampaikan maklumat sehala.
                            ii.     Menyampaikan maklumat dua hala.
Penilaian
:
Murid diberikan ujian dengan menulis semula bahan yang didengar daripada Guru Kaunseling.
Rumusan
:
Kemahiran mendengar adalah salah satu proses yang berterusan.
Falsafah
:
1.     Komunikasi dua hala lebih berkesan berbanding komunikasi sehala.
2.     Murid perlu bertanya kepada Guru Kaunseling sekiranya kurang jelas tentang sesuatu



Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Kemahiran Mendengar  (Main Peranan)
Objektif


:
1.     Murid dapat meningkatkan kemahiran mendengar.
2.     Murid dapat meningkatkan kemahiran mengingat.
3.     Murid dapat menyampaikan mesej.
Masa
:
40  minit

:
Tingkatan Satu
Bahan
:
Kertas A4, sekurang-kurang dua keratan akhbar tahap kesukaran yang berbeza.

:
1.     Set Induksi- Guru Kaunseling bersoal jawab dengan murid berkenaan dengan pembaca berita yang mereka kenal.
2.     Guru Kaunseling memilih seorang murid secara rawak tampil ke hadapan untuk membaca keratan akhbar yang disediakan.
3.     Guru kaunseling mengambil keratan akhbar yang telah dibaca.
4.     Guru kaunseling mengarahkan murid lain untuk  menyoal murid yang membaca keratan akhbar tadi tentang maklumat yang terdapat dalam keratan akhbar tersebut.
5.     Murid tadi akan menjawab soalan tanpa melihat keratan akhbar.
6.     Guru kaunseling menerangkan tentang ciri-ciri pendengar yang baik.
7.     Mengulangi langkah 1 hingga 5.
8.     Guru kaunseling merumuskan tentang kepentingan kemahiran mendengar yang baik.  


Penilaian
:
Guru kaunseling membuat pemerhatian dan penilaian terhadap respon murid.
Rumusan
:
Maklumat tidak dapat disampaikan dengan tepat jika sesuatu fakta tidak jelas.
Falsafah
:
Kemahiran mendengar sangat penting dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran





Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Kemahiran Mendengar  (Ciri Pendengar Yang Baik)
Objektif


:
1.     Murid dapat menerangkan tentang ciri pendengar yang baik.
2.     Murid dapat melakonkan beberapa ciri pendengar yang baik.
3.     Murid dapat menulis ciri pendengar yang baik.
Masa
:
40  minit
Sasaran
:
Tingkatan Satu
Bahan
:
Kertas A4, alat tulis, kertas sebak.
Langkah-langkah
:
1.     Set Induksi- Guru Kaunseling meminta murid mendengar sebuah lagu.
2.     Murid menuliskan  seberapa banyak perkataan yang dapat diambil daripada lagu.
3.     Guru Kaunseling menerangkan tentang ciri-ciri pendengar yang baik. (Lihat  Lampiran 1A)
4.     Murid melakonkan semula ciri-ciri pendengar yang baik.
5.     Guru Kaunseling memimpin perbincangan mengenai ciri-ciri pendengar yang baik.
Penilaian
:
Murid merekodkan ciri-ciri pendengar yang baik dan dapat melakonkannya.
Rumusan
:
Pendengar yang baik dapat membantu meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran dan komunikasi interpersonal.
Falsafah
:
Kita perlu bersyukur dengan anugerah Tuhan.




Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Kemahiran Mencatat  Nota (Isi Penting)
Objektif
:
Murid dapat mencatat nota bentuk isi penting.
Masa
:
40  minit
Sasaran
:
Tingkatan Satu
Bahan
:
Bahan bercetak, kertas pendua, lembaran kerja, kertas sebak, pen maker, alat multimedia dan pensil warna.
Langkah-langkah
:
1.     Set Induksi- Guru Kaunseling membaca petikan teks sepintas lalu dan meminta murid mencatat nota tanpa panduan. Murid diminta menceritakan semula pengalaman semasa mendengar dan mencatat nota.
2.     Guru Kaunseling memberi pengstrukturan kepada murid berkaitan masa, peranan peserta dan bekerjasama serta objektif yang ingin dicapai.
3.     Guru Kaunseling menerangkan kaedah mencatat nota iaitu isi penting.
4.     Guru Kaunseling memberi petikan kepada murid dan meminta murid mencatat nota berbentuk  isi penting.
5.     Murid membuat tugasan yang diarahkan.
6.     Murid membentangkan tugasan mereka.
7.     Guru Kaunseling meminta murid memberi komen.
8.     Guru Kaunseling membuat rumusan dan kesimpulan.
Penilaian
:
Guru Kaunseling memilih hasil pembentangan  terbaik untuk dipamerkan dan bahan diserahkan  kepada wakil murid untuk dimurnikan dalam bentuk lembaran untuk diedarkan kepada semua murid.
Rumusan
:
Murid boleh menggunakan kemahiran mencatat nota untuk mencari isi penting dalam pembelajaran.
Falsafah
:
Kemahiran mencatat nota akan  membantu pembelajaran yang berkesan dan prestasi akademik murid.


Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Kemahiran Belajar Berkumpulan (1)
Objektif
:
1.     Menguasai teknik kemahiran belajar secara berkumpulan.
2.     Meningkatkan keyakinan diri di kalangan murid.
3.     Meningkatkan minat dan motivasi belajar dalam kalangan murid.
Masa
:
40  minit
Sasaran
:
Tingkatan Satu
Bahan
:
Kertas sebak, kertas A4, alat tulis, pensil warna dan Lampiran 1A
Langkah-langkah
:
1.     Set Induksi- Guru Kaunseling membuka perbincangan mengenai apa teknik-teknik belajar yang diamalkan oleh murid.
2.   Guru Kaunseling berbincang tentang kepentingan belajar.
3.   Murid menyediakan kepentingan belajar berkumpulan.
4.   Guru Kaunseling menjelaskan syarat-syarat belajar berkumpulan:
                           i.          Bilangan ahli antara 3-5 orang.
                          ii.          Mempunyai jadual waktu belajar.
                        iii.          Mempunyai seorang ketua dan penolong ketua kumpulan.
                        iv.          Setiap kumpulan menulis nama kumpulan, etika kumpulan dan moto kumpulan.
5.   Guru Kaunseling membentuk kumpulan belajar.
6.   Murid dikehendaki:
                           i.          Memilih ahli kumpulan
                          ii.          Duduk dalam kumpulan
                        iii.          Melantik ketua dan penolong kumpulan
                        iv.          Menentukan nama, etika dan moto kumpulan.
Penilaian
:
Guru Kaunseling membuat pemerhatian
Rumusan
:
Teknik belajar berkumpulan sangat berkesan bagi meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.
Falsafah
:
1.     Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
2.     Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.








Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Kemahiran Belajar Berkumpulan (2)
Objektif
:
1.     Menguasai teknik kemahiran belajar secara berkumpulan.
2.     Meningkatkan keyakinan diri di kalangan murid.
3.     Meningkatkan minat dan motivasi belajar dalam kalangan murid.
Masa
:
40  minit
Sasaran
:
Tingkatan Satu
Bahan
:
Kertas sebak, kertas A4, alat tulis, pensil warna dan Lampiran 1A
Langkah-langkah
:
1.     Set Induksi- Guru Kaunseling membuka perbincangan mengenai  teknik-teknik belajar yang diamalkan oleh murid.
2.     Guru Kaunseling berbincang tentang kepentingan belajar.
3.     Murid menyediakan kepentingan belajar berkumpulan.
4.     Guru Kaunseling menjelaskan teknik belajar berkumpulan:
                           i.          Teknik satu topik-semua murid membaca dan memahami mengenai sesuatu topik yang sama dan membentangkannya.
                          ii.          Teknik pelbagai topik- setiap murid membaca dan memahami topik tertentu dan membuat pembentangan topik tersebut.
5.     Guru Kaunseling membentuk kumpulan belajar.
6.     Murid dikehendaki:
                           i.          Memilih ahli kumpulan
                          ii.          Duduk dalam kumpulan
                        iii.          Melantik ketua dan penolong kumpulan
                        iv.          Menentukan nama, etika dan moto kumpulan.
Penilaian
:
Guru Kaunseling membuat pemerhatian
Rumusan
:
Teknik belajar berkumpulan sangat berkesan bagi meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.
Falsafah
:
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.




Bidang
:
Akademik
Tajuk
:
Pengurusan Masa
Objektif
:
1.     Murid dapat mengenalpasti jenis aktiviti yang dilakukan sebagai murid.
2.     Murid dapat menentukan bagaimana mengurus masa dengan berkesan.
3.     Murid sedar tentang kepentingan penggunaan dan pengurusan masa.
Masa
:
40  minit
Sasaran
:
Tingkatan Satu
Bahan
:
Lembaran kerja (Jadual Pengurusan Masa-Lampiran 1B), kalkulator, alat tulis, alat multimedia dan pensil warna.
Langkah-langkah
:
1.     Set induksi- Guru Kaunseling membuka perbincangan  dengan bertanya kepada murid tentang cara dan amalan murid membahagi masa seharian.
2.     Guru Kaunseling menerangkan tentang kepentingan pengurusan masa kepada murid.
3.     Guru Kaunseling mengedarkan bahan bercetak kepada semua murid.
4.     Guru Kaunseling memberi panduan dan meminta murid mengisi jadual waktu persendirian pada hari persekolahan dan juga cuti sekolah.
5.     Guru Kaunseling meminta murid memasukkan nama mata pelajaran pada hari dan masa yang sesuai dan mengagihkan mengikut kepentingan mata pelajaran tersebut. Antara cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan- kerja rumah, ulangkaji mata pelajaran, menjawab soalan latihan dan menjawab soalan-soalan lepas.
6.     Guru Kaunseling meminta murid membentangkan hasil dan menggalakkan setiap ahli berkongsi.
7.     Guru Kaunseling membuat rumusan dan kesimpulan.
Penilaian
:
Murid merekodkan hasil pembentangan terbaik untuk dijadikan  panduan pengurusan masa.
Rumusan
:
Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan baik.
Falsafah
:
Masa itu emas.

 Happy holiday
 Mood revision.. kids!

































































































































































4 comments

Assalamualaikum cikgu,
saya mohon download dan gunakan dalam kelas ganti ya.
Terima kasih =)

Waalaikummussalam
Semoga bermanfaat untuk anda. Terima kasih krn memohon keizinan terlebih dahulu.

Assalamualaikum cikgu,
saya mohon download modul kelas ganti utk kegunaan dikelas.
terimakasih

Waalaikummussalam
Saya izinkan untuk dimanfaatkan

 

Telegram Channel