13 May 2016

Pertandingan Separuh Akhir Bahas Guru Sempena Sambutan Hari Guru JPWPKL 2016


Sempena Sambutan Hari Guru 2016 JPWPKL menganjurkan pertandingan bahas hari guru. memandangkan pertandingan ini telah 3 tahun tidak diadakan dan team bahas Pudu yang sedia ada, telah bertukar kerja dan ada yang pindah ke zon lain, maka pasukan PPD Pudu memerlukan team yang baru. Apabila pengetua mempromosikan mengenai team Pudu ini pada awal April lepas, saya memberanikan diri untuk join team ini walaupun saya sendiri tidak pernah menyertai pertandingan bahas seumur hidup saya. Tup tup hari Isnin lepas diumumkan bahawa pertandingan ini akan dijalankan pada hari ini ..yes 'butterfly in my stomach' ! 

Dalam masa 3 hari ini saya berulang alik ke SMK Seri Bintang Selatan kerana pembahas no 1, 2 dan 3 dari sana manakala saya dan Afiqah diletakkan dalam simpanan. Apabila saya membayangkan simpanan bermakna kita tidak akan duduk bersama dan hanya membantu mencari isi dan berlatih jika last minit pembahas mempunyai emergency. Tapi rupanya dalam pertandingan bahas, simpanan itu ialah menteri 4 dan menteri 5 yang perlu duduk dibelakang menteri 1 hingga 3 dan boleh membuat izin laluan untuk mendapat markah. Menteri 4 dan 5 akan supply data menyokong menguatkan hujah sewaktu perbahasan. Wah satu pengalaman menarik untuk saya yang tidak pernah menyertai pertandingan ini. 

Pada hari ini bertempat di SMK Seri Saujana, kami berhujah tajuk PDP Abad Ke 21 Penggerak Minda dan apabila diundi team saya mendapat tempat sebagai pembangkang.  Nasib menyebelahi kami hari ini setelah bertemu pasukan dari Sentul, hakim memutuskan usul ditolak yang bermakna kumpulan kami layak ke peringkat akhir pasukan bahas Bahasa Melayu di JPWPKL pada 20 Mei 2016. Doakan kami ye :)


Alhamdulillah
Pot luck steak 
To make my day 


Tahniah kawan- kawan



Pasukan Pudu vs Pasukan Sentul



Pasukan bahas Pudu


Barisan ahli yang bertanding bersama hakim dan AJK

2 comments

Assalamualaikum.hebat ubk sekolah cikgu.Tahniah.saya tertancap mata.dua org sy kenal.Guna(team debat masa upsi), dan seorang lg sy afeeqah(knl masa interview spp...salam kenal dr saya kaunselor smk usj 8

Terima kasih dan salam perkenalan. Saya dan afiqah satu sekolah dan guna di smk seri bintang utara. Nanti sy roger diaorang tentang kamu :)

 

Telegram Channel