14 May 2016

Riang Ria LADAP Guru di Eagle Ranch Resort, Port Dickson



Hectic week! LADAP hari ini memang kena dengan tajuk entri ni, riang ria LADAP Guru kerana walaupun LADAP ini memakan masa 45 minit pemanduan tetapi puas hati memang release stres minggu yang busy ini . Tempat ini agak menarik dengan pelbagai jenis pakej untuk team building dari darat hingga ke air. Kami mengambil pakej RM55 untuk kos obstacle dan makan tengah hari. Program bermula pada pukul 9.30 pagi dengan acara berzumba yang diketuai oleh Kak Salina tetapi untuk gegirl sahaja :)

Sebagai AJK Kelab Guru, automatik LADAP sekolah dikendalikan oleh setiausaha LADAP sekolah dan barisan AJK LADAP ialah AJK Kelab Guru di sekolah ini. Minggu ini menyiapkan persiapan program dan hari ini membantu selaku AJK Pendaftaran sahaja. Yahhh..saya perlu enjoy setiap game di sini kerana minggu depan jadual kesibukan saya akan bermula kembali. Memang perlu caj tenaga hujung minggu ini :)

Banyak betul aktiviti di sini dan bermula pukul 10.00 pagi aktiviti memanah, go - kart, swimming pool ke atau ke pantai. Kami berpecah kumpulan atau klik explore resort ini yang sangat luas. Pelbagai jenis kumpulan yang mengadakan pakej serentak dengan kami di sini. 

Pukul 11.00 pagi kami berkumpul untuk aktiviti obstacle, wahhhh dah lama tak buat aktiviti obstacle ni terasa pancit walau main 4 obstacle je. 20 more obstacle to go huhuhuhu..

Together We Care
Powerful tagline for today

















Go kart

Go kart















Tahniah Mira

4 comments

terima kasih haiza... banyak membantu😘👍

Terima kasih juga pada akak selaku penyelaras LADAP yang bersungguh merealisasikan program riang ria ni sampai jadi😀😁..

Memang best tapi saya pulak kureng sbb migraine dtg tiba2 sbb mgkin panas sgt

Sejam pertama akak dah terlalu aktif ajar kitaorang. Terima kasih kak😍

 

Telegram Channel