16 May 2016

Selamat Hari Guru Buat Guru Guru SMK Cheras


Tahun ke 16 saya menyambut 16 Mei sebagai seorang guru. Hari ini di sekolah tidak diadakan sambutan Hari Guru kerana masih dalam mood peperiksaan. Sewaktu perhimpunan rasmi, diadakan bacaan perutusan Sambutan Hari Guru dengan tema Guru Pembina Negara Bangsa. Sebagai AJK Kelab Guru, majlis ringkas pagi ini disusun atur oleh AJK Kelab Guru agar berjalan lancar walau dalam keadaan ad hoc. Dimulai dengan perutusan Menteri Pendidikan yang disampaikan oleh En Azrin B U Mat manakala perutusan KPP KPM pula dibacakan oleh En Rahimi Abd Karim.  Pada hari ini setiap guru mendapat lencana Terima Kasih Cikgu dan penyerahan lencana disampaikan oleh ketua tingkatan kepada guru tingkatan dan mentor masing - masing.


Whats app hit dari malam tadi ucapan demi ucapan selamat hari guru dari kaum keluarga, kawan -kawan, rakan -rakan guru, excoursemate dan tentulah lebih meriah dari whats app group murid-murid sama ada yang sudah meninggalkan sekolah malahan yang masih bersekolah :)


Sempena Hari Guru yang ke 16 tahun saya menyambutnya, 
  • Saya berdoa dikurniakan kesihatan terbaik bagi menjalankan pelbagai projek yang memerlukan kaunselor yang energetic untuk ke sana ke mari ! 
  • Saya juga berdoa agar momentum keterujaan saya dalam profesion bimbingan dan kaunseling sentiasa di tahap maksimum agar dapat melahirkan pelbagai idea dan kreativiti dalam menangani  permasalahan murid dalam profesion menolong ini.


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA YANG BERGELAR GURU!

Welcome facebook
After almost 3 years..





























 

Telegram Channel