24 May 2016

Taklimat e-Klien dan Kajian Tindakan Kepada Lawatan Penandaaras Dari GBK Sentul




Guru kaunseling sekolah menengah Zon Sentul


Hari ini SMK Cheras menerima kehadiran tetamu iaitu guru -guru kaunseling dari Zon Sentul untuk mempelajari mengenai sistem perkhidmatan inovasi e-klien yang telah dimenangi oleh kami sebagai johan dalam pertandingan inovasi Bahagian Psikologi Kaunseling kategori sistem maklumat. Cikgu Padali menerangkan mengenai sistem dashboard kaunselor sekolah , blog UBK dan sistem e-klien kami yang ditambah untuk pertandingan Kumpulan Inovatif Kreatif sekolah.

Lawatan di bilik kaunseling dijalankan sebelum saya sendiri menerangkan taklimat mengenai program kajian tindakan yang boleh dijalankan oleh perkhidmatan kaunseling.

Terima kasih kerana sudi hadir ke sekolah kami :)





taklimat inovasi

taklimat kajian tindakan

e-pelawat

Terima kasih pengerusi Zon Sentul
e-pelawat
Geng lama dari Zon Sentul iaitu Puan Lim dan Puan Huda
Terima kasih sijil penghargaan dari MGK Sentul
 

Telegram Channel