11 May 2016

Taklimat Minda Sihat dan Laporan Kes Rujukan Ke Pakar Perubatan

                          

Hari ini saya dijemput untuk menyampaikan taklimat Minda Sihat kepada guru kaunseling dan guru bimbingan sekolah rendah di sekolah yang terpilih di JPWPKL. Memandangkan ini adalah projek Puan Mahani selaku penyelia kaunseling di JPWPKL yang terakhir sebelum beliau bersara, tentulah saya cuba tidak menghampakannya dengan menerima jemputan untuk menyampaikan taklimat ini.

Saya kongsikan power point saya di sini dengan klik link di sebelah Pengendalian Minda Sihat Di Sekolah . Saya juga share di power point itu bagaimana guru kaunseling mengendalikan kes percubaan membunuh diri.

Modul minda sihat klik link MODUL MINDA SIHAT 2015


Sila klik link biru berikut juga untuk ceramah dari Doktor Program Minda Sihat dari Klinik Kesihatan Cheras

Teknik Mengendalikan Stres
Sila klik link berikut untuk taklimat dari LPPKN Pendidikan Kesihatan Reproduktif Dan Remaja



Sebagai guru kaunseling, program Minda Sihat merupakan program yang membantu mengesan masalah murid stres dengan berkesan. Bukan hanya di tingkatan 4 , malahan mana-mana tingkatan sekali pun. Antara soalan yang ditanya sewaktu taklimat bagi memudahkan lagi kefahaman guru kaunseling yang mengendalikan program ini di sekolah.

1) Adakah saringan kedua untuk murid yang mendapat skor DASS yang teruk dan sangat teruk sahaja?
Jawapan : Ya

2) Adakah intervensi dijalankan kepada murid yang mendapat skor teruk dan sangat teruk sahaja
Jawapan: Ya

3) Jika murid yang mendapat skor yang baik tidak dijalankan intervensi tetapi selepas 3 bulan ,murid ini stres dan skor DASS mendapati teruk dan sangat teruk maka perlukan murid ini melalui intervensi Minda Sihat?
Jawapan: Dalam data saringan pertama, murid ini tidak terlibat dalam intervensi khusus, maka dalam saringan kedua data Minda Sihat murid ini juga tidak terlibat dalam kiraan data intervensi khusus tersebut. Walaubagaimanapun, Intervensi yang dijalankan kepada murid ini adalah sama dengan modul minda sihat yang dipelajari modul ini juga boleh digunakan kepda mana -mana murid sasaran teruk dan sangat teruk DASS penggunaannya dan tidak terhad kepada murid ting 4 sahaja.

4) Bagaimanakah jika ibu bapa tidak mahu bekerjasama dengan guru kaunseling?
Lengkapkan semua laporan dengan  SOAP note yang betul dan menjalankan konsultasi dengan ibu bapa. Rekodkan tarikh panggilan telefon dan catatkan perbincangan yang dijalankan. 

5) Bagaimana merujuk kes murid kepada doktor ?
Contoh laporan dari guru kaunseling ada di bawah. Masukkan dalam sampul surat dan sewaktu ibu bapa membawa anak ke klinik kesihatan, surat tersebut tunjukkan kepada doktor. Doktor akan mendiagnosis kes murid dan menetukan untuk rujukan seterusnya. 

Contoh laporan rujukan murid kes kemurungan teruk dan kes percubaan membunuh diri. Berikut merupakan contoh semata - mata dan semua maklumat peribadi adalah rekaan semata-mata.


LAPORAN RUJUKAN MURID KE HOSPITAL



Nama:                   Azimah Bt Mazlan
KP:                        931212-10-5353
Tingkatan:             4 V 2
Tarikh:                   25 Mac 2015
Alamat                   No 3, Jln 2/144A, Flat Sri Johor, WPKL
Nombor Telefon    019- 4657898

LAPORAN KHAS
Tarikh Perjumpaan
               10 Februari 2015
               20 Februari 2015
                             
Laporan Sesi
-        Murid menjalankan ujian Saringan DASS pada 5 Februari 2015 dan memperolehi skor kemurungan yang sangat teruk
-        Dari sesi kaunseling menujukkan murid mempunyai kemurungan yang sangat teruk setelah ibu bapanya bercerai dan berlanjutan memperolehi keputusan PT3 yang tidak memuaskan. Berpisah kelas dengan kawan baiknya sewaktu di tingkatan 4 menyebabkan murid ini mengalami tekanan demi tekanan
-        Konsultasi dengan ibu pada 25 Februari 2015 menunjukkan bahawa murid ini tiada komunikasi di rumah, suka mengurung diri dalam bilik yang gelap dan tidur selama berbelas jam tanpa mahu menjalankan sebarang aktiviti sehingga menjejaskan kehadiran ke sekolah.


Rumusan guru kaunseling
-        Murid ini didapati tidak stabil emosi dan mempunyai tingkahlaku yang agak membimbangkan. Kesihatan murid sudah mula terjejas dan memerlukan rujukan dari pakar perubatan.


Tindakan guru kaunseling

-        Merujuk kes murid untuk tindakan ibubapa ke pakar perubatan


Disediakan oleh,



(Guru Kaunseling)






LAPORAN SESI KAUNSELING
PERCUBAAN MEMBUNUH DIRI



Nama:                   Yap
KP:                        931212-10-5353
Tingkatan:             4 K 3
Tarikh:                   20 Mac 2015
Alamat                   No 5-8-12,  Flat Sri Sabah, WPKL
Nombor Telefon    019- 9089898

LAPORAN KHAS
Tarikh Perjumpaan
               15 Februari 2015
              
                             
Laporan Sesi
-        Murid menjalankan ujian Saringan DASS pada 5 Februari 2015 dan memperolehi skor kemurungan yang sangat teruk
-        Dari sesi kaunseling menujukkan murid mempunyai kemurungan yang sangat teruk setelah berpisah dengan teman lelakinya.
-        Pernah cuba mengelar tangannya sendiri dengan harapan ingin mati tetapi tidak ingat berapa kali percubaan mengelar tangan itu dilakukan.
-        Mengambil alkohol dan ubat-ubatan apabila ingin melupakan teman lelakinya.


Rumusan guru kaunseling
-        Murid ini didapati tidak stabil emosi dan mempunyai tingkahlaku yang agak membimbangkan. Sudah mempunyai niat dan cara untuk membunuh diri. Perlu bantuan pakar perubatan.


Tindakan guru kaunseling

-        Merujuk kes murid untuk tindakan ibubapa ke pakar perubatan


Disediakan oleh,



(Guru Kaunseling)


Hi facebook
After almost 3 years deactived..


Terima kasih Puan Mahani


 

Telegram Channel