24 June 2016

Hari Pelaporan SMK Cheras 2016


Hari Terbuka SMK Cheras di mana AJK KISB mula sibuk menghitung bilangan ibu bapa yang hadir. KISB juga membuka kaunter khas untuk ibu bapa yang berminat menyertai pasukan KSIB sekolah. Hari Pelaporan merupakan antara hari bertemu pelanggan iaitu ibu bapa yang dipandang tinggi oleh pihak JPWPKL kerana antara KPI yang perlu dicapai iaitu peratus ibu bapa yang hadir ke sekolah agar pihak sekolah tidak mendapat amaran merah sewaktu key in kehadiran ibu bapa dalam sistem KSIB. Klik link ini https://sarana.moe,gov.my untuk log in PIBK kehadiran ibu bapa untuk Hari Pelaporan. Pada tahun ini, kami mengadakan satu sesi agar memudahkan ibu bapa yang mempunyai anak dalam dua sesi untuk mengambil kad pelaporan. Selain itu, ia merupakan satu percubaan oleh pihak sekolah untuk melihat peratus kehadiran ibu bapa ke sekolah meningkat kepada 65% seperti KPI yang disasarkan kepada setiap sekolah.



Penyelaras KSIB sekolah ialah guru kaunseling iaitu Puan Rozinani yang membuka kaunter bersama AJK KSIB iaitu Puan Tan. 


Congrats 4/32, 7/270















 

Telegram Channel