Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

11 June 2016

Kertas Kerja Kolaborasi Juara Permata SMK Cheras Dengan Sekolah Berasrama Penuh


Selamat berpuasa hari ke 6! Hari ini saya akan berkongsikan kertas kerja untuk kolaborasi tahun kedua dengan SMAWPKL antara murid Juara sekolah saya yang beragama Islam dengan murid SMAWPKL. Pada tahun lepas kami menjalinkan kolaborasi selama seminggu dan tahun ini saya bercadang untuk dua minggu murid Juara ini berada di sana.




KERTAS KERJA
PROGRAM KOLABORASI
JUARA PERMATA SMK CHERAS - SMAWP

1.0           PENGENALAN

          Projek Kolaborasi Permata merupakan projek peningkatan akademik di antara SMK Cheras dengan SM Agama Wilayah Persekutuan KL bagi melonjakkan kecemerlangan dalam akademik. Projek ini melibatkan 20 orang pelajar Tingkatan Lima SMK Cheras untuk mendapatkan pengalaman dan menjalinkan kerjasama akademik dengan pelajar SMAWP.  Diharapkan pelajar projek permata SMK Cheras iaitu projek pelajar cemerlang SPM sekolah akan mengambil inisiatif dari kerjasama yang terjalin dengan mempelajari pengajaran dari guru –guru SMAWP dan teknik yang digunakan oleh pelajar SMAWP yang terkenal dengan kecemerlangan akademik mereka.  Pentadbiran sekolah berharap agar pelajar dapat memanfaatkan kolaborasi ini melalui peningkatan gred akademik pelajar yang lebih cemerlang melalui teknik belajar kendiri dan berkumpulan dan seterusnya dapat membantu pelajar lain di sekolah melalui pengajaran rakan sebaya dan meningkatkan gred kecemerlangan akademik sekolah. Melalui pengalaman pembelajaran yang diperolehi, pihak sekolah berharap para pelajar permata ini dapat memberikan input yang berguna kepada rakan sebaya mereka di SMK Cheras bagi dijadikan pedoman oleh rakan – rakan yang lain.

2.0     OBJEKTIF
1)    Agar pelajar dapat mengikuti mata pelajaran dengan baik melalui tunjuk ajar rakan sebaya
2)    Agar pelajar dapat bertukar –tukar ilmu pengetahuan mengenai teknik belajar yang sesuai
3)    Agar pelajar dapat bekerjasama berkongsi ilmu pengetahuan mengenai sesuatu mata pelajaran


3.0     TARIKH
          18 – 30 Julai 2016

4.0     SASARAN
          20 orang pelajar SMK Cheras Ting  5

5.0     AHLI JAWATANKUASA
Pengerusi               : Pn Kamariah Bt Abu
Naib Pengerusi      : En Jamil Bin Abdul Samad
Penyelaras              : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Perhubungan  : En Che Mohamad Padali B Che Mat
AJK Dokumentasi  : Pn Rozinani Awang
AJK Kebajikan         : Pn Raudah Bt Ab. Rahman
                               

6.0     AKTIVITI PROGRAM

Pelajar akan dibahagikan kepada kelas – kelas tertentu mengikut mata pelajaran elektif
mereka. Pelajar akan tinggal di asrama selama seminggu dan merasai suasana
kehidupan tinggal di asrama.Pelajar perlu mengikuti aktiviti bersama pelajar di asrama
dan mengikut peraturan sekolah SMAWP.  Pelajar juga akan bergaul dengan pelajar di
dalam kelas yang  ditempatkan dan belajar bersama-sama pelajar di dalam kelasnya.
Pelajar akan mengikuti semua aktiviti yang dijalankan untuk pelajar di dalam kelasnya.


7.0     ANGGARAN KEWANGAN

Sumber Kewangan
Yuran pelajar                                 =     RM 40 x 20 orang             =RM    800
Baitulmal                                       =                                                   =RM 2,200
Jumlah                                                                                                  RM 3,000

Perbelanjaan
Yuran makan/penginapan = RM 15  x 20 orang x 10 hari         =RM  3, 000


8.0     PENUTUP
          Diharapkan agar projek ini mencapai objektif yang diingini dan projek perintis ini diharapkan berjaya melonjakkan kecemerlangan akademik pelajar dan kerjasama kolaborasi ini boleh diteruskan ke tahun tahun seterusnya.

Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,

( Nurhaiza Bt Che Mat)                                                        ( Kamariah Bt Abu)
Guru Kaunseling                                                                 Pengetua
         

Salam Ramadhan ke 6
Family bonding without Khaty
Alor Pongsu, Bagan Serai ..




No comments: