Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

18 June 2016

Kumpulan Kreatif Inovatif SMK Cheras: Team PAKAR


Perjumpaan team PAKAR (Pakar Akademik Kaunseling Aspirasi Rujukan Warga Sekolah) untuk KIK hari ini diadakan selepas mesyuarat guru kedua pada pukul 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Kami memurnikan lagi bahan dari aspek teknikal. Memandangkan surat rasmi mengenai tarikh taklimat dan prapembentangan inovasi KIK Guru Cemerlang WPKL diadakan selepas raya sahaja, dan saya dan Puan Sharin sahaja yang perlu menghadiri taklimat dan menjalankan prapembentangan KIK, maka hari ini saya perlu memahami setiap aspek teknikal sistem ini . Minggu hadapan kami akan bersiap sedia dengan power point yang lengkap untuk pembentangan dan membuat post mortem terakhir hasil inovasi dan kreativiti ini. Menggunakan kepakaran guru penyelaras VLE Frog, kami berharap sistem e-klien dapat meningkatkan rating penggunaan VLE Frog yang diakses oleh murid, guru dan ibu bapa. 
Doakan kami dipermudahkan dan berjalan lancar.






National Treasure


No comments: