Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

5 July 2016

Bilik Kaunseling SMK Cheras 2016


Bilik Kaunseling SMK Cheras untuk tahun 2016. Kami membina taman di luar koridor dengan Kak Raudzah  siap beli ikan untuk dimasukkan dlm pasu besar,  memunggah pasu bunga krn apabila cuti panjang pokok sama ada layu atau mati terus kerana kedudukan UBK ditingkat atas maka kurang disedari. Kali ini pokok pokok yg agak lasak diletakkan di luar koridor . Ada bangku panjang 2 unit yg diletakkan di luar bilik kaunseling bagi murid dan pelawat bersantai atau membaca bahan bacaan yg diletakkan di luar bilik kaunseling.  Penambahbaikan dari rupa koridor tahun lepas. 

Sudut bacaan dikategorikan semula dan dilabel. Kami juga meletakkan permainan di luar koridor seperti papan permainan kewangan dan chess.

Di dalam UBK pula, sebuah komputer untuk e pelawat iaitu mendaftarkan pelawat atau murid yg dtg ke UBK melalui sistem komputer. Terdapat sudut transit e klien yg menempatkan 3 buah komputer untuk murid menjalankan intervensi online kaunseling atau membuat kerja sekolah secara komputer dan online secara percuma. 

Kami juga membeli bangku kayu jati yg tahan lasak untuk sesi konsultasi dgn ibu bapa. Maklumlah kusyen yg lama dulu sangat empuk sampai maksimum betul penggunaanya sampai lunyai dan patah :) huhuhu. 

Bagi mengawal penggunaan televisyen yg lebih berkesan kami meletakkan di tengah tengah bilik UBK maka murid boleh datang menonton ketika waktu rehat atau murid pagi yg stayback untuk menonton di sebelah petang bagi meredakan stress menunggu kawan atau ibu bapa dtg menjemput. Atau jika dah bosan buat kerja sekolah.


It's hard to say good bye :(

No comments: