Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

28 July 2016

Garis Panduan Pengurusan/Amalan Terbaik Kaunseling Dan Disiplin KPM 2016

AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN
KAUNSELING/DISIPLIN 1
GARIS PANDUAN PENGURUSAN/AMALAN TERBAIK
PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN DISIPLIN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
TAHUN 2016
1.0 PENDAHULUAN
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta disiplin di sekolah memainkan peranan penting bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menyahut cabaran Wawasan 2020 dengan memperkembangkan sumber manusia secara optimum di peringkat sekolah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013 - 2025. Ini boleh dicapai melalui perancangan, pengurusan dan program intervensi kaunseling serta disiplin yang sistematik, perkhidmatan yang berkualiti dan pelaksanaan program yang berkesan.
2.0 MATLAMAT
Meningkatkan kualiti dan profesionalisme perkhidmatan kaunseling dan disiplin di sekolah menengah dan rendah di seluruh negara supaya lebih menarik, berkesan dan cemerlang.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mengenal pasti kekuatan perkhidmatan kaunseling dan disiplin di sekolah-sekolah yang boleh menjadi model terbaik.
3.2 Menyelaras, menyeragamkan dan meningkatkan pengurusan pelaksanaan perkhidmatan kaunseling dan disiplin agar lebih menarik, kreatif dan berkesan di semua sekolah.
3.3 Mengenal pasti sekolah-sekolah yang boleh dijadikan contoh dan penanda arasan kerana telah berjaya melaksanakan program perkhidmatan kaunseling dan disiplin dengan cemerlang.
AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN
KAUNSELING/DISIPLIN 2
3.4 Meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid, pengukuhan disiplin murid, meningkatkan kehadiran murid di sekolah dan perkembangan kerjaya murid.
4.0 KUMPULAN SASAR
4.1 Amalan Terbaik Perkhidmatan/Program Kaunseling
4.1.1 Guru Bimbingan dan Kaunseling SM dan SR
4.2 Amalan Terbaik Program Disiplin
4.1.2 Terbuka kepada Guru Disiplin
4.3 Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling
4.1.3 Guru Bimbingan dan Kaunseling SM dan SR
4.4 Pengurusan Terbaik Disiplin
4.1.4 Guru Disiplin
5.0 PERINGKAT PELAKSANAAN
BIL
PERINGKAT
TARIKH/BULAN
1
Surat Siaran
30 Mei 2016
2
Persediaan Peringkat Sekolah
Jun 2016
3
Penilaian Daerah
Julai 2016
4
Penilaian Negeri
Ogos 2016
5
Penilaian Kebangsaan KPM
20 hingga 22 September 2016
6
Bengkel Pengurusan Hal Ehwal Murid Kebangsaan
11 hingga 13 Oktober 2016
6.0 KAEDAH PELAKSANAAN
Pemantauan Penilaian
6.1 Pelaksanaan Pembentangan Amalan dan Pengurusan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling/Disiplin ini melibatkan penyertaan Guru Bimbingan dan Kaunseling DAN *Guru Disiplin (*Semua Guru adalah Guru Disiplin) Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah
AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN
KAUNSELING/DISIPLIN 3
(SM) daripada semua Pejabat Pendidikan Negeri (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri(JPN).
6.2 Penolong Pengarah Kaunseling Negeri dan Pegawai Unit Disiplin Negeri akan menghebahkan program ini untuk pengetahuan semua Guru Bimbingan dan Kauseling serta Guru Disiplin SR dan SM yang ingin mengambil bahagian. (Jun 2016)
6.3 Sesi taklimat dan borang penilaian diedarkan kepada semua sekolah pada bulan Jun sebagai panduan dan rujukan. Pihak sekolah yang berminat akan melakukan persediaan dan penilaian kendiri di peringkat sekolah menggunakan borang ini dan menghantar penyertaan ke PPD dan JPN masing-masing.
6.4 Sekolah yang akan dinilai dikehendaki membuat persiapan di peringkat sekolah berasaskan borang penilaian yang telah dihantar ke sekolah. Penolong Pengarah Kaunseling Negeri, Pegawai Unit Disiplin JPN dan Penyelia Kaunseling/Disiplin PPD akan melaksanakan penilaian di peringkat daerah dan seterusnya memilih pemenang/wakil peringkat daerah SR dan SM bagi setiap kategori.(Julai 2016)
6.5 Pemenang/wakil peringkat daerah bagi setiap kategori akan dicalonkan ke peringkat negeri. Penilaian peringkat negeri akan dilaksanakan berdasarkan pembentangan dan dokumentasi amalan terbaik dan pengurusan kaunseling dan disiplin yang telah dilaksanakan oleh wakil di peringkat daerah. Pemenang di peringkat negeri akan mewakili negeri ke peringkat saringan kebangsaan. (Ogos 2016)
6.6 Di peringkat kebangsaan wakil bagi setiap negeri akan membentang dokumentasi amalan terbaik dan pengurusan kaunseling serta disiplin dalam Bengkel Penilaian Kebangsaan. (September 2016)
AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN
KAUNSELING/DISIPLIN 4
6.7 Pemilihan pemenang peringkat kebangsaan akan melalui satu peringkat pemilihan;
Kebangsaan
i. 16 wakil setiap negeri Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling SM
ii. 16 wakil setiap negeri Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling SR
iii. 16 wakil setiap negeri Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin SM
iv. 16 wakil setiap negeri Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin SR
v. 16 wakil setiap negeri Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling SM
vi. 16 wakil setiap negeri Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling SR
vii. 16 wakil setiap negeri Pengurusan Terbaik Disiplin SM
viii. 16 wakil setiap negeri Pengurusan Terbaik Disiplin SR
Pembentangan Perkongsiaan Peringkat Kebangsaan (Terpilih untuk Pembentangan di Bengkel Pengurusan HEM)
i. 5 Terbaik Kategori Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling SM ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)
ii. 5 Terbaik Kategori Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling SR ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)
iii. 5 Terbaik Kategori Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin SM ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)
AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN
KAUNSELING/DISIPLIN 5
iv. 5 Terbaik Kategori Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin SR. ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)
v. 5 Terbaik Kategori Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling SM. ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)
vi. 5 Terbaik Kategori Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling SR. ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)
vii. 5 Terbaik Kategori Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling SM. ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)
viii. 5 Terbaik Kategori Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling SR. ( Johan, Naib Johan dan Ketiga akan melaksanakan Pembentangan)
7.0 PENILAIAN
7.1 Elemen Penilaian dan instrumen penilaian.
Penilaian Amalan dan Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling dan Disiplin memberikan peruntukan skor markah yang tinggi kepada impak dalam meningkatkan Pembangunan Sahsiah Diri Murid, Pendidikan Kerjaya, Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid, Pengukuhan Disiplin Murid serta Meningkatkan Kehadiran Murid.
a. Elemen Penilaian Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling/Disiplin
BIL
PERKARA
SKOR
1
Idea
20
2
Kreativiti
20
3
Kaedah Pelaksanaan
15
4
Impak
30
5
Pengiktirafan
5
6
Pendokumentasian
10
JUMLAH
100
AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN
KAUNSELING/DISIPLIN 6
b. Elemen Penilaian Pengurusan Terbaik Kaunseling/ Disiplin
BIL
PERKARA
SKOR
1
Berimpak
35
2
Pengurusan Bilik Bimbingan dan Kaunseling/ Disiplin
15
3
Pengurusan rekod, program dan aktiviti
15
4
Ceria, Bermaklumat, Bermakna
10
5
Kreativiti dan Inovasi
10
6
Pendokumentasian
10
7
Pengiktirafan
5
JUMLAH
100
8.0 PENGANUGERAHAN
8.1 Penganugerahan dan penghargaan diberikan kepada pemenang bagi
setiap dikategorikan seperti berikut :
a. Anugerah Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling Sekolah Rendah
b. Anugerah Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Kaunseling Sekolah Menengah
c. Anugerah Amalan Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin Sekolah Rendah
d. Anugerah Terbaik Program/Perkhidmatan Disiplin Sekolah Menengah
e. Anugerah Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Sekolah Rendah
f. Anugerah Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Sekolah Menengah
g. Anugerah Pengurusan Terbaik Disiplin Sekolah Rendah
h. Anugerah Pengurusan Terbaik Disiplin Sekolah Menengah
AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN
KAUNSELING/DISIPLIN 7
8.2 Penghargaan diberikan kepada pemenang bagi semua kategori pada Bengkel Pengurusan HEM seperti berikut:
i. Johan
ii. Naib Johan
iii. Ketiga
iv. 2 Saguhati
b. Bengkel Penilaian Peringkat Kebangsaan
Sijil Penghargaan dan cenderamata kepada setiap peserta.
9.0 PENUTUP
9.1 Adalah diharapkan dengan terlaksananya perkongsian Amalan dan Pengurusan Program/Perkhidmatan Terbaik Kaunseling/Disiplin ini akan tercetus lebih banyak inovasi, kreativiti dan model terbaik yang boleh diteladani dalam meningkatkan kualiti pengurusan pelaksanaan Perkhidmatan Kaunseling dan Disiplin di sekolah seluruh Malaysia.
AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN
KAUNSELING/DISIPLIN 8
PROSEDUR KERJA
AMALAN TERBAIK PROGRAM/ PERKHIDMATAN DAN PENGURUSAN
KAUNSELING /DISIPLIN DI SEKOLAH TAHUN 2015
BIL
TARIKH
PERKARA
TINDAKAN
1
30 hb Mei 2016
Surat Siaran dikeluarkan oleh KPM dan diperturunkan ke JPN
KPM
JPN
PPD
2
Jun 2016
‘Outreach’ ke sekolah
PPD
Sekolah
3
Jun 2016
PERSEDIAAN SEKOLAH
Persediaan dan penilaian kendiri di peringkat sekolah
Sekolah
4
Julai 2016
PENILAIAN PERINGKAT DAERAH
8 wakil terbaik setiap kategori (Disiplin dan Kaunseling) dipilih bagi mewakili setiap daerah ke peringkat negeri
PPPD(Disiplin)
MGKK Daerah (GBK)
5
Ogos 2016
PENILAIAN PERINGKAT NEGERI
8 wakil terbaik setiap kategori (Disiplin dan Kaunseling) dipilih bagi mewakili negeri ke peringkat penilaian Kebangsaan
PPPD(Disiplin)
MGKK Negeri (GBK)
6
20 -22 hb. September, 2016
PERINGKAT PENILAIAN KEBANGSAAN KPM
16 wakil terbaik semua kategori setiap negeri
PP(Disiplin)
PP(B&K)
JPN Selangor
Jawatankuasa Pelaksana
7
11-13 hb. Oktober, 2016
BENGKEL PENGURUSAN HEM
3 terbaik semua kategori akan melaksanakan perkongsian pembentangan untuk sesi perbengkelan
Jawatankuasa Pelaksana
AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN
KAUNSELING/DISIPLIN 9
PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT
1. Pertandingan ini terbuka kepada SEMUA Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) serta Guru Disiplin (GD) di sekolah menengah dan sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Semua amalan dan pengurusan terbaik peringkat AKHIR KEBANGSAAN 2015 tidak dibenarkan membentangkan amalan terbaik yang sama untuk tahun 2016.
3. Setiap penyertaan TIDAK dikenakan sebarang yuran penyertaan.
4. Setiap penyertaan akan diadili di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah untuk peringkat awal. Kemudian Jabatan Pendidikan Negeri untuk mewakili negeri. Penyertaan terbaik bagi kategori GBK dan GD dari setiap negeri akan diadili oleh panel pemilih peringkat kebangsaan yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. Bahan pertandingan yang dihantar kepada pihak penilai adalah dalam bentuk
a) 3 salinan dokumentasi bercetak
b) 1 salinan DVD.
6. Bahan penyertaan akan menjadi hak milik penganjur iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Keputusan panel penilai dan juri adalah muktamad.
8. PANDUAN PENULISAN DOKUMENTASI
a) Gunakan kertas A4
b) Gunakan font Times New Roman atau Arial
c) Saiz tulisan 16 bagi tajuk utama, 14 bagi sub tajuk dan 12 bagi penulisan
d) Gunakan selang 1.5 dan pastikan margin 2cm pada setiap sisi kiri kertas
e) Setiap penulisan perlu menggunakan Bahasa Melayu sahaja.
AMALAN DAN PENGURUSAN TERBAIK PERKHIDMATAN
KAUNSELING/DISIPLIN 10
f) Laras bahasa dan format penulisan perlu disemak sebelum penghantaran dibuat.
g) Setiap penulisan perlu dimulai dengan penulisan abstrak.
h) Isi kandungan penulisan adalah bebas mengikut kreativiti masing-masing bersandarkan kepada penilaian oleh juri.
9. PANDUAN MENYEDIAKAN CAKERA VIDEO DIGITAL (DVD)
a) Bahan untuk pembentangan dan dokumentasi perlu disimpan dalam storan cakera video digital (DVD).
b) Sediakan satu salinan untuk Jabatan Pendidikan Negeri dan satu salinan lagi untuk Kementerian Pendidikan Malaysia


Good luck 

No comments: