Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

19 July 2016

Majlis Persaraan Puan Mahani: Penyelia Kaunseling JPWPKL

Hadiah dari guru kaunseling sekolah menengah Zon Pudu
Salam semua. Hari ini merupakan majlis persaraan Puan Mahani dan Sambutan Hari Raya guru -guru kaunseling  peringkat WPKL yang diadakan di Hotel Regency Kuala Lumpur. Memandangkan nazir dah datang semalam maka bolehla bersukaria sekejap di sini. 

Program taklimat psikometrik utk guru kaunseling sekolah menengah dan guru kaunseling sekolah rendah diadakan pada pukul 8.30 pagi hingga 11 pagi. Majlis persaraan bermula pukul 11 pagi hingga 1.30 tengah hari. Terima kasih kepada puan pengarah JPWPKL yg sudi hadir dan bersama sama kami meraikan persaraan Puan Mahani selaku penyelia bimbingan kaunseling JPWPKL. 

Berada dua tahun dalam jawatankuasa guru bimbingan dan kaunseling MGKKL menyebabkan hubungan saya agak rapat dgn Pn Mahani. Ditambah dgn pelbagai projek yg dijalankan oleh sekolah saya maka Puan Mahani akan roger roger saya untuk menjemput saya menyampaikan ceramah atau taklimat. 

Beliau mempunyai karaktor yg bersahaja dan kelakar orangnya. Oh yg paling signifikan mengenai Pn Mahani ialah ...dia satu satunya insan yg memanggil saya Haizah manakala pegawai JPN lain memangil saya Haiza. Oleh itu jika ada surat panggilan atau sijil yg ditulis Haizah maka saya tau ini mesti dari Pn Mahani :) 

Secara peribadi saya memberikan kredit kepadanya kerana pada tahun lepas beliau beriya iya meminta saya menyertai pertandingan amalan terbaik kaunseling. Sebenarnya projek Zoom In Meningkatkan Kehadiran Murid adalah satu skop dalam pembentangan saya dalam pertandingan Pengurusan Terbaik. Namun selepas pembentangan Pn Mahani meminta agar satu skop kecil itu difokuskan ke satu projek Amalan Terbaik. Pada mulanya saya menolak..kerana tidak cukup masa menyiapkan dokumentasi dan slaid terbaru. Tetapi apabila beliau menelefon dan bertanya beberapa kali...huhu mmglah saya segan dan bersetuju menjadikan ia projek pertandingan Amalan Terbaik ...yg akhirnya terpilih hingga ke peringkat akhir Simposium Amalan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling Kebangsaan. Kalau tidak kerana Puan Mahani yang beriya push saya untuk menyertai Amalan Terbaik Kau seling, sudah tentu saya tidak merasa pengalaman membentang di Auditorium IAB Bandar Einsteik dengan peserta dari peringkat kebangsaan. 

Semoga Pn Mahani terus menyumbang jasa bakti dengan cemerlang ;)


#Menu raya sate oh sate


















No comments: