17 August 2016

Projek Juara SBJK Dengan SMK Cheras



Hari ini saya membawa 4 murid PRS untuk membimbing murid UPSR Sekolah Jalinan Kasih yang seramai 6 orang sahaja. Objektif program  bengkel Matematik hari ini agar dapat membimbing one to one atau intensif topik untuk murid ini lulus dalam UPSR. Maklumlah jika anda google terlebih dahulu apakah itu Sekolah Jalinan Kasih maka anda lebih memahami mengapa mereka walau pun berada pada umur 12 tahun tetapi masih kurang fasih dalam mengenal huruf dan konsep nombor. Diharapkan agar pengajaran sebegini dapat meningkatkan lago motivasi dan minat murid untuk belajar kerana dengan hubungan kakak atau abang pembimbing yang boleh dijadikan role model. Sesi hari ini berjalan lancar kerana fasilitator PRS telah dimaklumkan terlebih dahulu latar belakang murid - murid ini agar fasilitator lebih memahami mereka. 

Program berjalan lancar dari pukul 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari dengan murid memberikan kerjasama walau mereka dalam kepayahan dan keletihan  :)
Terima kasih kepada fasilitator cikgu yang sudi membantu melayan karenah adik adik ini.


Syukur Selalu
Redha vs pasrah















 

Telegram Channel