5 August 2016

Sukan Tahunan: Johan Rumah Perdana

Hari Jumaat yg mendung dan cuaca memihak kepada sekolah dan saya :)
Hihi sbb hari ni saya bertugas selaku Penjaga Masa di tengah padang. Maka cuaca yg mendung ini membantu saya untuk kekal cergas di padang sambil menjerit jerit sorakan kepada rumah Perdana saya ;)
Acara sukan ini sudah ditunda ke Ogos kerana cuaca panas sekitar Mac dulu menyebabkan acara sukan tidak dibenarkan dijalankan menerusi surat pekeliling ug melarang aktiviti luar sewaktu cuaca panas. Tetapi bulan Ogos adalah bulan yg busy dgn aktiviti akademik dgn murid  pt3 ujian lisan dan murid form 5 dgn speed up untuk trial SPM maka acara sukan hari ini dijalankan dgn sederhana tetapi meriah. Tiada pertandingan perbarisan, tiada pertandingan khemah rumah sukan dan acara untuk sukan pun hanya beberapa acara yg dijalankan krn byk acara telah dijalankan sewaktu Mac April lepas. Begitu juga untuk kelas 3 dah byk dijalankan sblm sukan.
Walaubagaimanapun memandangkan Hari Sukan merupakan KPI Sarana dan perlu melepasi target 65 peratus kehadiran ibu bapa maka jawatankuasa Sarana Sekolah membuka kaunter pendaftaran seawal 6.45 pagi dengan harapan acara yg tinggal dapat meningkatkan pwratus kehadiran ibu bapa bagi peserta yg mengambil bahagian. Yang menariknya hari ini kami menerima tajaan untuk makanan. Iaitu sarapan pagi dgn nasi kerabu dan makan tengah hari jamuan raya kantin merangkap majlis kesyukuran kelahiran bayi sulung tauke kantin. Oh mmg sgt kenyang
Majlis penutup dengan kemeriahan iaitu dengan markah mendahului , maka kami Perdana diisytiharkan Johan!! Yeah..yeah


Reunion batch 1993
Pot luck maggi gorengku yang laku 
Dan erkkk..mabuk durian.






























 

Telegram Channel