Total Pageviews

Subscribe Here

TERIMA KASIH PEMBACA

6 August 2016

Taklimat AJK Bengkel Amalan Terbaik Kaunseling JPWPKL


Hari Rabu lepas merupakan taklimat AJK dan Fasilitator untuk Bengkel Amalan Terbaik WPKL. Mesyuarat hari ini terdiri dari peserta yg pernah menyertai pertandingan Amalan Terbaik Kaunseling WPKL iaitu Pn Hafiza dari SK Setiawangsa amalan terbaik kaunseling sewaktu batch pertama dan Mr.Joseph dan Cik Umaira dari SMK Kepong Baru untuk disiplin terbaik batch pertama yg berjaya sampai ke peringkat akhir kebangsaan tahun 2014. En Selva dari SK Tamil yg sampai ke amalan terbaik kaunseling kategori sek rendah wakil WPKL tahun 2015 dan saya sendiri kerana sekolah berjaya hingga ke pusingan akhir Amalan Terbaik Kaunseling kategori sekolah menengah peringkat kebangsaan. Dengan ini saya akan bertindak selaku fasilitator dan urusetia untuk memudahkan komunikasi antara kami bagi melicinkan perjalanan bengkel amalan terbaik kaunseling bagi memberikan panduan kepada sekolah sekolah lain di WPKL.berkongsi amalan terbaik mereka sama ada dipwrtandingkan atau menjadi panduan kepada sekolah lain. Bagi objektif Bengkel Amalan Terbaik dicadangkan pada 11 Ogos 2016 di SMK Cochrane dengan memberikan panduan kpd sekolah yg bertanding pengisian yg perlu ditonjolkan dlm power point atau multimedia dan buku dokumentasi untuk memaksimumkan markah dalam kategori pertandingan yg disertai. Diharapkan agar lebih ramai GBK mempunyai pengetahuan dalam menghasilkan amalan terbaik seterusnya bersaing dgn lebih berkualiti untuk disebarluas diperingkat PPD dan JPN. 


Advance birthday present
Leisure Mall Cheras :)








No comments: