9 August 2016

Taklimat Matrikulasi Sesi 2017/2018


UBK SMK Cheras menjemput En Faizal dari Kolej Matrikulasi Selangor untuk menyampaikan taklimat berkaitan dengan matrikulasi sesi pengambilan 2017/2018 yang akan datang. Memandangkan sekarang adalah musim pembelian nombor pin matrikulasi telah dibuka, maka taklimat ini adalah penting untuk murid -murid ini memahami mengenai program matrikulasi untuk dipertimbangkan sebagai salah satu dari tempat belajar selepas SPM nanti. Antara taklimat yang menarik perhatian saya ialah mengenai 10 perkara ini iaitu

1) umur pemohon tidak lebih 20 tahun pada 1 Januari tahun semasa. Ini bermakna jika murid mengambil SPM sekali lagi sekali pun, tetapi belum berumur pada 20 tahun  dan menggunakan result SPM tahun semasa maka boleh memohon matrikulasi.

2) Murid yang miskin dan asnaf diberi perhatian kerana pihak Zakat menanggung untuk murid kategori asnaf dan miskin untuk kuota zakat tertentu.

3) Bayaran RM6.50 termasuk GSTda mula memohon pada 1/7/2016, tarikh tutup permohanan 30 /11/2016 dan penawaran tempat ke matrikulasi ialah sebulan selepas result SPM

4) Bulan Jun mulai masuk ke matrikulasi bagi yang ditawarkan tempat dan akan melalui orientasi  dan bagi yang berminat untuk menukar modul pula perlu menunggu ketika asimilasi selama 2 minggu tempoh akan diberikan untuk penukaran modul. Selepas 2 minggu, permintaan terhadap perubahan modul akan ditutup dan pelajar akan meneruskan pengajian dalam modul yang telah ditawarkan sahaja.

5) Mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah wajib untuk MUET dan perlu memperolehi band 2.0 ke atas.

6) Tahun ini  dua kali peperiksaan iaitu di akhir semseter 1 dan di akhir semester 2. Amali pula pula dijalankan 10 kali dan markah 5 amali terbaik akan diambil.untuk pengambilan pengiraan markah. 

7) Murid yang ditawarkan ke PDT Program Dua Tahun akan mengikuti program dua tahun dan walaupun cemerlang tidak berubah ke modul Program Satu Tahun kerana kelayakan masuk yang mempunyai syarat yang minimum sahaja.Murid yang dtawarkan ke PST Program Satu Tahun boleh merayu ke Program Dua Tahun jika mempunyai CGPA yang rendah di akhir program PST

8) Permohonan setiap tahun mencecah beratus ribu manakala pengambilan sekitar 20,000 hingga 28,000 sahaja setiap tahun bergantung kepada kuota pada tahun tersebut. Maka pemohon perlu mempunyai result SPM yang agak baik dengan sasaran 5A atau 6A dengan target subjek elektif Sains dan subjek elektif Perakaunan yang diambil kira dalam merit perlu mendapat gred yang baik dan tidak semata mata selesa dengan memenuhi syarat minimum C sahaja.

9) Bagi murid yang mendapat semua A dalam SPM tetapi tidak ditawarkan ke mana- mana, mereka akan ditawarkan program BERSERI dan mendapat elaun tambahan iaitu RM400 berbanding murid matrikulasi yang lain iaitu RM 250 sebulan. Pelajar di bawah program ini akan dipantau agar CGPA tidak kurang dari 4.0 dan merupakan calon untuk penuntut luar negeri.

10) Pelajar matrikulasi boleh menerima hingga 3 tawaran dari IPTA untuk ke ijazah. Pelajar matrikulasi perlu memperolehi CGPA 2.5 ke atas. Ini kerana kemasukan ke ijazah pada tahun ini mengambil pelajar lulusan matrikulasi yang melebihi 2.3 CGPA dan ke atas. Oleh itu target bagi semua pelajar matrikulasi ialah 2.5ke atas tetapi jika mendapat 3.0 ke atas lebih baik untuk kedudukan permohonan diterima ke IPTA yang lebih tinggi.

11) Jika murid menerima tawaran masuk ke matrikulasi, dan tiba-tiba ditawarkan ke program yang lebih tinggi dari program matrikulasi maka tidak perlu membayar denda. Tetapi jika sudah memasuki matrikulasi, tetapi berhenti tanpa sebab yang diluluskan oleh pihak matrikulasi, bayaran balik elaun yang telah digunakan adalah wajib kepada pihak matrikulasi.






Happy tummy for dinner
Lamb chop + pizza Hut + icecream cake BR
Happy 13th Farietz :)

11 comments

Salam puan,
Sy telah berhenti dari program matrikulasi di sebuah kolej matrikulasi pada sesi 2011/2012 kerana mengikuti program dioloma di uitm. Dan tahun 2017, baru sy menerima surat utk bayaran balik elaun RM1250.00. Adakah sy perlu menjelaskan bayaran balik ini? Kerana ketika sy membuat permohonan utk berhenti pada tahun tersebut, tiada penalti dikenakan.
Terima kasih puan

Salam Raja Sharul
Anda boleh merujuk masalah anda ke Bahagian Matrikulasi kerana cikgu kurang mahir dalam isu penalti ini.

Salam puan.
Elaun setiap bulan bagi pelajar baru ambilan 2018/2019 masih ada lagi ke?

Assalamualaikum puan..boleh saya tahu apakah kelayakan untuk mendapat elaun tersebut?

Wan rosetta delete May 12, 2018

Aslm. Setem hasil rm 10 wajib beli. Perlukah saya matikan setem di jabatan hasil? Atau saya lekatkan sahaja tanpa matikan setem.

Assalam... Puan jika saya belum mendapat elaun Dan berhenti... Adakah saya wajib membayar elaun tersebut... Terima kasih...

Salam
Jika berhenti sblm mendapat elaun..tidak perlu membayarnya

assalamualaikum,Puan.Adakah berhenti tanpa sebab dibolehkan? dan tidak dikenakan penalti sekiranya belum mendapat elaun?

assalammualaikum pn/tn..
sy nk bertanya...ank sy dah mengikuti matrikulasi bg thn 2018/2019.. soalan sy..ada kah byrn pndaftran itu akan di pulangkan slps hbis bljt?

Salam Puan , saya pelajar matrikulasi dan dapat tawaran untuk lanjutkan pelajaran ke SPA . Adakah akan dikenakan apa -apa penalti jika saya berhenti matrik ?

Salam puan , saya ditawarkan pengajian ke spa . Adakah perlu membayar balik elaun yg diberi dan penalti mcm mana ya ?

 

Telegram Channel