7 September 2016

Bengkel Pengendalian Murid Yang Merokok Untuk Guru Kaunseling


Modul yang lengkap untuk panduan guru kaunseling

Hari ini saya ke Klinik Kesihatan Cheras untuk aktiviti kursus berhenti rokok untuk murid sekolah dan dalam kalangan warga Kementerian Kesihatan Malaysia dipanggil KOTAK iaitu Kesihatan Oral Tanpa Asap Rokok iaitu mengesan murid yg merokok melalui pemeriksaan gigi oleh doktor gigi yg memeriksa gigi murid. Wahh jangan lepas ni ada pulak murid yg merokok lari lari bila kenderaan petugas pemeriksaan gigi datang ke sekolah. Pemeriksaan oral ialah eviden yg paling signifikan untuk mensabitkan murid itu tegar merokok atau tidak. Memandangkan operasi KOTAK ini dijalankan berkala sahaja setiap tahun maka murid di sekolah yg menjalani kaunseling dengan doktor pergigian ini dapat dipantau dengan jumlah masa yg terhad. Oleh itu murid yg masih merokok selepas menjalani intervensi kaunseling lanjutan dgn doktor pergigian, akan dirujuk pada guru kaunseling kerana dianggap dapat meneruskan intervensi pada murid yg merokok. 
Maka hari ini kami pasukan kaunselor sekolah KL dan Putrajaya diberi kursus berdasarkan modul yg dibekalkan disamping pakar dalam perubahan tingkah laku terutama merokok iaitu Prof Madya Dr Wee Lei Hum membimbing kami bagaimana membantu perokok mengatasi keinginan untuk merokok iaitu gian dan mengekalkan status tidak merokok. Prof mengingatkan kami bahawa murid sekolah yg terjebak dengan nikotin ini lebih mudah untuk dibimbing dan mengekalkan tabiat tidak merokok jika dapat menjalankan intervensi terancang berbanding orang dewasa yg merokok agak sukar meninggalkan tabiat itu. 

Bagi geng guru kaunseling, memang kita ada menjalankan kaunseling murid yg merokok tetapi biasanya untuk kes yg dirujuk oleh guru disiplin yg mana murid ini kantoi  atau murid sendiri yg ditangkap kerana merokok dalam kawasan sekolah. Rasanya untuk kes murid menyerah diri kerana merokok dan ingin meninggalkan tabiat merokok setakat ini belum ada lagi. Jadi melalui program ini murid yg dirujuk bukan setakat murid murid tegar bermasalah disiplin tetapi juga kita boleh mendapat klien murid yg tiada masalah disiplin di sekolah tetapi merokok. Wow ni menarik untuk dieksplore.

Kami dibekalkan dengan modul yang lengkap mengenai garispanduan mengendalikan murid yang merokok ini melalui prinsip 5A
1. Ask : Tanyakan status merokok pada setiap peluang yang ada
2. Advise: Galakkan perokok untuk berhenti merokok dengan nasihat yang efektif, jelas dan personal
3. Assess: Tentukan keinginan dan kesediaan perokok untuk berhenti 
4. Assist : Bantu tingkatkan motivasi perokok untuk berhenti dengan jayanya
5. Arrange: Aturkan intervensi lanjutan untuk perokok mendapatkan khidmat berhenti merokok yang sesuai. Pantau perkembangan merokok agar dapat mengikuti sasaran berhenti merokok.

Modul ini menerangkan mengenai persiapan awal berhenti merokok dan borang -borang untuk mengenal pasti tabiat merokok dan tahap ketagihan murid melalui Ujian Fagerstrom dan Ujian PMSM 1-2016 di bawah. Modul ini juga memberikan aktiviti yang perlu dijalankan sewaktu aktiviti bimbingan kaunseling sama ada untuk murid sekolah rendah dan murid sekolah menengah.


Oleh itu sasaran KKM untuk memberikan penjelasan kpd murid sekolah mengenai akibat bahaya merokok dan mengesan  mereka mll operasi KOTAK dgn kerjasama KPM iaitu melalui guru kaunseling agar murid ini dapat dipantau dan seterusnya meninggalkan tabiat merokok.

Bagi menguji nikotin dalam nafas seseorang boleh menggunakan karbon dioksida analyser yg boleh mengukur udara basi untuk mengetahui tahap jumlah rokok yg dihisap. 

Petua 12M untuk mengatasi keinginan merokok: 
menghilangkan gian merokok dengan melengah lengahkannya
Menarik nafas panjang
Minum air kosong atau air jus
Membuat sesuatu aktiviti
Mandi dan membasuh tangan
Mengunyah sesuatu
Melakukan senaman regangan
Memohon doa
Menjauhkan diri dari rokok
Mengelak dari merokok semula
Menyibukkan diri
Meditasi dengan pemikiran positif

Faktor diri yang menyebabkan murid merokok semula iaitu lemah jati diri, kurang keyakinan, kawalan diri kurang dan sukar kawal stres

Faktor persekitaran iaitu 
dikelilingi oleh keluarga yg merokok
Mudah mendapat bekalan rokok
Sukar mengatakan tidak kepada rokok

Oleh itu, jangan cuba untuk merokok walau satu sedutan dan mahir mengatakan tidak kepada rokok dengan tegas serta boleh mengurus stres dgn baik dan mengawal emosi. Cuba meningkatkan aktiviti dengan mengawal berat badan. Wujudkan identiti baru dan ubah gaya hidup dengan menjauhi rakan yg merokok dan mencari kawan yg boleh menyokong. 

Tanda tanda gian akan datang dgn simptom gelisah, cepat marah, hilang sabar, mood tidak menentu, kurang fokus, susah tidur dan selera makan yg tinggi.

Perlu diingatkan jika seseorang mengatakan dia telah berhenti merokok ini bermaksud dia.belum berhenti lagi. Sekiranya selepas 12 jam rokok yg terakhir hingga 4 minggu seseorang berjaya tidak merokok barulah kita mengatakan dia bebas merokok dan cuba bantu untuk mengekalkan status tidak merokok.

Guru kaunseling menggunakan kaedah berhenti merokok tanpa ubatan iaitu pendekatan terapi tingkah laku dan kerohanian. namun jika murid itu bermasalah juga dengan pendekatan tanpa ubatan maka dia boleh dirujuk di Klinik Berhenti Merokok di Klinik Kesihatan untuk rawatan farmakologi dengan persetujuan ibu bapa.


There are those who dream and wish
And
There are those who dream and work
I want dream and work :)













Borang Penilaian PMSM 1-2016/ Tabiat Merokok

Borang Ujian Fagerstrom untuk menilai tahap ketagihan
 

Telegram Channel