Total Pageviews

TERIMA KASIH PEMBACA !

27 August 2016

Kejohanan Silat 5x 5 Berpasukan Anjuran PIBG

Hari ini dewan dan padang dah meriah untuk acara silat 5x5 berpasukan terbuka remaja yg dianjurkan oleh PIBG dan KSIB SMK Cheras. Program yg diilhamkan oleh AJK PIBG yg aktif dalam pertandingan silat iaitu Siti Julaila. Setiap sekolah yg menyertai pertandingan boleh menghantar beberapa team dengan setiap team perlu membayar rm100 sebagai yuran penyertaan. Begitu juga dengan gerai jualan perlu membayar sewa gerai RM100 utk program dua hari manakala bagi ahli KSIB yg berniaga perlu membayar RM 50 sahaja. Program yg dirancang bagi menambahkan dana untuk akaun PIBG. Terima kasih kepada.semua AJK yg membantu sebelum , semasa dan selepas program yg dijalankan. Maklumlah program mega yg pertama diusahakan oleh AJK PIBG yg baru maka sudah tentu ada kekurangan di mana mana. Dan saya selaku AJK KISB juga belum dapat membaca dengan baik rentak kerja KSIB yg baru ini yg masing masing memberikan kerjasama dan komitmen dengan cara mereka sendiri. Namun yg pastinya program dapat berjalan.

Program ini mendapat tajaan juga dari DBKL dan PEKASA dan dirasmikan oleh Presiden PESAKA Kuala Lumpur iaitu Encik Mohd Asri B Hj Ismail. Seronok juga melihat penganjuran pertandingan ini dari dekat kerana saya sendiri tidak faham dengan rentak sukan silat ini. kejohanan hari ini berakhir hingga malam sebelum bersambung esok. Saya pula yg penat melihat gelagat AJK KSIB ke hulu hilir memenuhi komitmen masing masing. Projek mega pertama anjuran KSIB batch baru dan masing masing cuba mencari keserasian rentak kerja untuk bekerjasama dalam projek mega. Namun saya tidak dapat memberikan komitmen sehingga ke malam kerana mendapat panggilan kecemasan kematian Mak Teh saya di Bukit  Mahkota. 















Rushing...dan dipermudahkan perjalanan
Al fatihah..
Untuk arwah Mak Teh

No comments: