17 September 2016

Kertas Kerja Ceramah Motivasi Ting 5 Oleh Samsul Debat Anjuran Komuniti Penduduk


Saya share kertas kerja yang dihantar oleh wakil Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 2 Bandar Tun Razak yang juga merupakan alumni SMK Cheras tahun 1999 seorang mantan ketua pengawas yang aktif yang sudi bekerjasama dengan UBK untuk mendapatkan khidmat ceramah dari Samsul Debat dan seterusnya menanggung kos penceramah. Terima kasih diucapkan dan semoga kita boleh bekerjasama lagi




1.0   PENDAHULUAN

Galakan dan sokongan daripada ibubapa dalam memastikan pembelajaran anak-anak amat penting dalam era global ini. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh guru dan masyarakat luar memastikan anak-anak pelajar ini mempunyai didikan yang sempurna bukan sahaja dalam pembelajaran malahan dalam aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak. Pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaan SPM merupakan sasaran pihak NGO khususnya Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 2 di Bandar Tun Razak dan pihak kami ingin mengambil inisiatif daripada program ini untuk memberikan peluang buat pelajar-pelajar mendapatkan khidmat nasihat atau tips-tips untuk pelajar-pelajar menghadapi peperiksaan kelak.

2.0    OBJEKTIF

1.0             Merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan pelajar
2.0             Memberikan semangat dan tips-tips pembelajaran berkesan menghadapi peperiksaan


3.0         GOLONGAN SASARAN
               Pelajar-pelajar yang akan menduduki Peperiksaaan SPM tahun 2016.

4.0         TEMPAT DAN TARIKH
              SMK Cheras / 26hb September 2016-Isnin
                                            
5.0   TENTATIF PROGRAM

9.00 Pagi                            - Pelajar berkumpul di dewan

9.30 Pagi                            - Ucapan wakil MPP Sub Zon 2 BTR
                                             - Ucapan Pengetua
                                             - Ceramah Motivasi :Ustaz Syamsul Amri Ismail @Syamsul Debat
                                             - Penyampaian Cenderahati



6.0   ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.
Perkara / Peralatan
Jumlah       (RM)
a.
Bayaran Penceramah
2000.00
b.
Banner
200.00
c.
Makan/Minum ( 200 org x RM2.50)
500.00
d.
Makan/Minum VIP ( 30 org x RM5.00)
150.00
e.
Cenderahati (3 x RM200)
600.00

 JUMLAH
3450.00


Disediakanoleh,

…………………………………......
Sharuni Binti Shah Kamal
Biro IT
MajlisPerwakilanPenduduk (MPP) Sub Zon  2
Bandar TunRazak





Bonding with neighbour
Birthday party Ayiesha
Thanks Su :)

 

Telegram Channel