Kertas kerja yang disediakan oleh guru kaunseling Puan Raudzah untuk ganjaran lawatan kerana kehadiran kelas terbaik sepanjang tahun.
1.0
PENGENALAN
Program Zoom merupakan satu program peningkatan kehadiran
murid ke sekolah. Program ini telah
dijalankan semenjak dari tahun 2015 lagi, hasilnya KPI peratus kehadiran telah
dapat ditingkatkan dari 85% kepada 90% untuk tahun 2016. Pada setip bulan, kelas-kelas yang berjaya
mencapai peratus kehadiran sebanyak 90% dan ke atas akan diberi penghargaan
berupa sijil. Sebanyak 3 sijil akan
dianugerahkan bagi kelas yang berjaya mencapai KPI iaitu sijil bagi murid
kealas, guru kelas dan mentor. Bagi
mengekalkan motivasi agar kelas yang berjaya dapat mengekalkan KPI peratus
kehadiran mereka secara berkala. Sekiranya peratusan ini dapat diteruskan
sehingga akhir penggal ke dua, kelas tersebut akan diberi penghargaan dalam
bentuk program lawatan pula.
2.0 OBJEKTIF
Objektif program
ini adalah seperti berikut:
1. Memberi
penghargaan kepada murid kelas yang mencapai peratus KPI kehadiran ke sekolah sebanyak 90% dan keatas secara
konsistan
2. Meningkatkan
motivasi murid untuk berterusan hadir ke sekolah bagi meningkatkan peratus KPI
kehadiran sekolah.
3. Memberikan
penghargaan berupa pengalaman kepada murid untuk belajar dan meneroka melalui
program lawatan
3.0 TEMPAT,
TARIKH DAN MASA
Tempat : Zoo
Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor.
Tarikh
: 22 November 2016 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang.
4.0 SASARAN
Kelas sasaran adalah kelas yang terbaik. Iaitu kelas yang
berjaya berterusan mengekalkan peratus KPI kehadiran kelas mereka sebanyak 90%
dan keatas. Kelas tersebut adalah kelas Peralihan 1 dan 2 Imtiaz bagi kategori
menengah rendah atau sesi petang SMK Cheras.
5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi :
Pn. Hajah Kamariah Bt. Abu (Pengetua)
TimbalanPengerusi : Pn.
Chong Moi Lian (Penolong Kanan Hal
Ehwal murid)
NaibPengerusi
1 : En. Raheman Bin
Ahmad (Penolong Kanan Petang)
NaibPengerusi 2 :
Pn.Maznah Bin Musa (Penolong Kanan
Kokurikulum)
Setiausaha :
Pn. Raudzah A.Rahman (Kaunselor)
5.1 JAWATAN KUASA KERJA
NAMA
AJK
|
AJK
|
Bidang
Tugas
|
Pn.
Raudzah bt A.Rahman
|
Pengangkutan
& Dokumentasi
|
·
Menyediakan
pengangkutan pada masa yang diperlukan.
·
Menyediakan
dokumentasi program
|
Pn.
Rozinani bt Awang
|
Makanan
|
·
Membuat
tempahan makanan untuk murid-murid yang terlibat
|
Cik
Tuong loy Mui
|
Pendaftaran
& fotografi
|
·
Mempastikan
murid-murid yang terlibat didaftarkan
·
Mengambil
gambar setiap aktiviti murid di Zoo Negara.
|
En.
Mohd. Nasrun b. Ahmad
|
Disiplin
dan Keselamatan
|
·
Mengawal
disiplin dan keselamatan murid.
|
6.0 TENTETIF
PROGRAM
Berikut
adalah tentatif Program ‘Zoom In’
22 Nov 2016
(Selasa)
Masa
|
Aktiviti
Program
|
7.30-8.00 pagi
|
Pendaftaran murid ke
Zoo Negara
|
8.00-8.30 pagi
|
Bertolak ke Zoo
Negara
|
8.30-9.00 pagi
|
Sarapan pagi dan
pembelian tiket
|
9.00-12.00tghr
|
Aktiviti Lawatan di
Zoo Negara
|
12.30-1.00petang
|
Bertolak balik ke
sekolah
|
7.0 ANGGARAN
PERBELANJAAN
Bantuan Persekolahan Moral - RM 665.00
Yuran
penyertaan (2 Imtiaz) 23 orang x RM15 - RM
345.00
Jumlah - RM
1010.00
Perbelanjaan
Pengangkutan - RM 350.00
Tiket Zoo - RM
488.00
Makanan - RM 172.00
Jumlah - RM 1010.00
8.0 PENUTUP
Program
ini diharapkan dapat berjalan dengan lancar serta mendapat kerjasama dari semua
pihak yang terlibat. Semoga program
seumpama ini dapat mengekalkan seterusnya dapat meningkatkan peratusan KPI
kehadiran murid ke sekolah pada setiap hari. Apa yang paling penting sekali
murid dapat merasakan kegembiraan dan bermotivasi untuk ke sekolah dengan
penghargaan berupa lawatan ini.
Disediakan oleh, Diluluskan
oleh
_________________________ ________________________
(PN. RAUDZAH
A.RAHMAN)
Guru Bimbingan & Kaunseling
SMK Cheras
Takbir Hari Raya Aidiladha
Making rendang ayam and nasi himpit
And not forget kuah kacang ;)