15 September 2016

Kertas Kerja Ganjaran Murid Hadir Penuh Ke Sekolah: Lawatan Bukit Cerakah


Saya share di sini kertas kerja lawatan murid yang hadir penuh ke sekolah yang diambil kira setakat 30 Oktober 2016 nanti. Oh ye oleh sebab kertas kerja kena submit 6 minggu sebelum lawatan ke jabatan kena lah buat awal kertas kerja ini. Seperti yang dijanjikan untuk semua murid saya yang komited ke sekolah setiap hari :)



KERTAS KERJA
GANJARAN LAWATAN
ZOOM IN KEHADIRAN PENUH
MURID KE SEKOLAH


1.0     PENGENALAN
          Bulan November merupakan bulan terakhir sesi persekolahan untuk tahun semasa. Pada ketika ini banyak silibus mata pelajaran telah habis untuk tahun tersebut. Oleh kerana itu, program akhir tahun sesi persekolahan dirangka dengan pelbagai aktiviti bagi mengisi aktiviti pengajaran luar bilik darjah yang menyeronokkan. Memandangkan silibus pengajaran telah tamat untuk aktiviti di kelas, maka program pengisian luar bilik darjah yang dapat meransangkan minat murid untuk ke sekolah dirangka. Pembelajaran sebenar seperti lawatan lebih membuka mata murid dengan pengalaman yang dirasai kerana dapat melihat dan menjalankan sesi soal jawab dengan personalia tertentu di tempat tersebut. Program ini juga dijalankan kerana memberikan ganjaran untuk murid yang mempunyai kehadiran penuh ke sekolah sepanjang Januari hingga Oktober 2016.

2.0     OBJEKTIF
1)       Agar murid dapat mempelajari melalui pengalaman sebenar dengan lawatan
2)       Agar murid dapat menjalankan tugasan di tempat lawatan melalui sesi temubual      dan pemerhatian di tempat sebenar.
3)       Agar murid dapat diberikan ganjaran lawatan sebagai penghargaan hadir penuh           ke sekolah dan menjadi motivasi untuk murid lain di sekolah

3.0     TARIKH
          15 November 2016
         

4.0     TEMPAT
          Bukit Cerakah, Shah Alam

5.0     AHLI JAWATANKUASA
          Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
                            Pengetua
          Naib Pengerusi : Puan Chong Moi Lian
                                    Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
          Setiausaha       : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
          AJK Pengangkutan: Puan Raudzah Bt A. Rahman
          AJK Modul            : En Che Mohamad Padali Bin Che Mat

6.0     TENTATIF PROGRAM
          8.00 pagi      : Bertolak ke Bukit Cerakah, Shah Alam
          9.00 pagi      : Dijangka tiba di Bukit Cerakah, Shah Alam
                              : Taklimat mengenai Bukit Cerakah, Shah Alam
                              : Aktiviti riadah dan meneroka keindahan alam sekitar
                              : Aktiviti treasure hunt
          12.00 tgh hari: Makan tengah hari
          12.30 tgh hari : Bertolak pulang ke sekolah
          1.30 tgh hari   : Tiba di sekolah

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN
          Moral            : RM 10  x 60          = RM   600
          Sivik             : RM 10  x 20          = RM   200  
          Kokurikulum  : RM 400 x 2 bas    = RM    800
          Jumlah         :                             = RM 1,600

8.0     PENUTUP
          Diharapkan agar program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang   diharapkan.

          Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,


          (Nurhaiza Bt Che Mat)                                                         (Kamariah Bt Abu)                                                     

IOI Mall
My kids day..
Ice skating for 6 hours ahaks..
 

Telegram Channel