13 September 2016

Kertas Kerja Perkhemahan Kokurikulum Program Selepas PT3


Saya share kertas kerja untuk aktiviti kokurikulum dalam program selepas PT3


KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN KOKURIKULUM
PROGRAM SELEPAS PEPERIKSAAN PT3 2016


1.0     Pengenalan:
Program Selepas Peperiksaan merupakan aktiviti yang dirangka khusus untuk para pelajar PT3 yang telah tamat peperiksaan  PT3 dan peperiksaan akhir tahun Tingkatan 3.  Aktiviti yang dirancang dengan baik agar pelajar dapat mengisi masa di sekolah dengan aktiviti yang menyeronokkan dan mengekalkan momentum pembelajaran murid  dengan baik. Selain itu, panitia juga dapat merancang aktiviti dengan lebih sistematik untuk menjalankan aktiviti bersama pelajar. Selain itu  penghayatan sahsiah dan nilai murni serta aktiviti kurikulum seperti penggunaan VLE Frog dan I Think digunakan bagi meningkatkan penggunan VLE Frog dalam kalangan murid. Diharapkan melalui aktiviti teras ini, panitia dapat memenuhi program selepas peperiksaan PT3 dengan menggunakan pelbagai inovasi dan idea untuk merealisasikan aktiviti di atas bagi mengekalkan momentum pembelajaran pelajar. Unit Kokurikulum juga berperanan menjalankan pelbagai program menarik untuk menarik minat murid ke sekolah


2.0     Objektif

1)       Agar dapat merangka aktiviti menarik sepanjang tempoh berakhir
peperiksaan.

2)       Agar dapat mengekalkan kehadiran pelajar ke sekolah dengan baik selepas berakhir peperiksaan

3)         Agar murid dapat merasai pengalaman berkhemah dan menjalankan aktiviti sepanjang perkhemahan separuh hari di sekolah.


3.0     Tarikh
            9/11/2016
4.0     Ahli Jawatankuasa
          Pengerusi     :  Puan Kamariah Bt Abu
          Naib Pengerusi : Pn Maznah Bt Musa
          Setiausaha    : Pn Nurhaiza Bt Che Mat
            Penyelaras    : Pn Zizawani Bt Fauzi
          AJK    : Puan Rozinani Bt Awang
                          Cik Hufaidah Bt Zakaria
                         Cik Aida Azlina Bt Ramli

5.0       Pengisian
            7.30 pagi        : Senaman pagi
            8.00 pagi        : Aktiviti memasang khemah
            9.00 pagi        : Aktiviti belajar mencipta gajet
            10.00 pagi     : Rehat
            10.30 pagi     : Aktiviti pertolongan kecemasan
            11.30 pagi     : Aktiviti treasure hunt
            12.20 tgh hari: Mengemas khemah
            1.10 tgh hari  : Bersurai

6.0       Anggaran Perbelanjaan
            Sumber Kewangan
            Kokurikulum :                                   RM 1,000

            Perbelanjaan
            Khemah                                             RM  500
            Makanan RM 5 x 100 orang              RM 500
            Jumlah                                               RM 1,000



7.0       Penutup
Diharapkan agar program perkhemahan ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang diharapkan


            Disediakan oleh,                                                                  Diluluskan oleh,


            ( Nurhaiza Bt Che Mat)                                                       ( Maznah Bt Musa)
           

KL - Jasin
Ketupat rendang from Johor



 

Telegram Channel