6 September 2016

Lawatan PRS ke Rumah Perlindungan Warga Emas, Seri Kenangan Cheras

Hari ini ialah projek DWEN iaitu Dasar Warga Emas Negara dengan menganjurkan lawatan ke Rumah Perlindungan Warga Emas yang dikendalikan oleh  kerajaan. Rombongan kami seramai 36 orang murid PRS telah kesana seawal 8 pagi dari sekolah. Ketibaan kami disambut oleh staf Siti Hajar yg peramah melayan karenah kami.
Rombongan diberikan taklimat mengenai penubuhan Rumah Seri Kenangan ini yg begitu selesa dan kondusif umpama resort...tp dihati warga emas ini hanya mereka yang tau. Kompleks rumah penjagaan yg dgn komples yg baru ini berusia 6 tahun dan mempunyai staf yg mengambil 3 shift untuk memastikan 24 jam tempat ini berfungsi dgn baik dalam kawalan staf.
Persekitaran yg sangat bersih menggamit hati murid. Mempunyai nurse, jurupulih anggota dan jurupulih cara kerja. Mempunyai klinik malahan bilik mayat di sini.
Kami dibawa melawat sekitar tempat Rumah Penjagaan ini dan menjalankan aktiviti bergotong royong.
Yg menarik selepas rehat, kami menyaksikan persembahan warga emas disini yg sihat yg boleh berpantun, menyanyi dan bermain alat muzik.
Kami difahamkan yang pada waktu pagi yg Islam akan solat sunat dhuha sebelum bersantai. Ada tempat dan aktiviti reakreasi yg boleh mereka jalankan terutama yg sihat. Murid ini akan bermesra dan berbual dengan penghuni di sini. Pelbagai cerita yg dikongsi dapat memberikan keinsafan kpd generasi muda untuk menghargai atok nenek atau saudara mara yg bergelar warga emas sementara mereka masih ada. Berikan sumbangan dan hargailah  mereka seperti mana mereka penyumbang kepada kita dari lahir hingga masih bernyawa kini.
Akhir sekali penutup yg ringkas, sumbangan tunai dari warga Cherasian dan barang barang. Kenangan bersama kalian akan terlipat dalam memori anak anak ini. Semoga menjadi pengajaran yg berguna utk semua peserta.

Sukarelawan yang menjalankan urutan dan penjagaan kuku kaki 













Aktiviti bergotong royong




























Getting angry is actually
Punishing yourself with the
Mistakes of others 
 

Telegram Channel