16 September 2016

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan





Majlis Penutup yang penuh warna warni. Rancangan asal dijalankan di tapak perhimpunan tetapi terpaksa dijalankan di Dewan kerana hujan lebat. Majlis penutup bulan kemerdekaan yang signifikan dengan ketua bidang kemanusiaan Pn Che Ma Rabitah yang merupakan projek terakhir bersamanya kerana dinaikkan pangkat sebagai PK HEM SMK Seri Mulia. Terima kasih kerana belanja makan nasi briyani untuk staf sekolah. Majlis penutup diserikan dengan persembahan murid 4 Alpha dan 4 Beta yang menyertai persembahan Hari Merdeka yang lepas. Wow persembahan live kepada warga sekolah mendapat tepukan yang amat gemuruh!! Saya pun terpaku hahaha. 

Selain dari itu, majlis penyampaian hadiah untuk aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan diadakan dan disampaikan oleh puan pengetua. Banyak betul hadiah yang disampaikan untuk kategori murid pun ada, kategori guru pun ada. Antaranya ucapan kemerdekaan melalui VLE Frog, kelas yang dihias dengan tema kemerdekaan, melukis poster kemerdekaan, bersajak dan macam -macam lagi.


Sebaik tamat penutup bulan kemerdekaan, disambung dengan aktiviti hari kokurikulum untuk badan beruniform dimana UBK ditugaskan untuk menjalankan aktiviti team building. 

Selamat Hari Jadi
Buat sahabatku Liza..semoga murah rezeki
Buat adikku Zul ..semoga kesihatan di tahap terbaik


























 

Telegram Channel