26 September 2016

Motivasi Ting 5 Bersama Syamsul Debat


Ceramah motivasi dijalankan hari ini untuk murid ting 5. Mendapat personalia personaliti televisyen bagi mendapatkan khidmat motivasi bukanlah sesuatu yg mudah memandangkan bayaran merupakan batasan utama. Mendapat khidmat bagi ceramah lebih kurang 2 jam pun mencecah RM 2 000 tetapi dapat menarik minat murid agar motivasi kekal lama dalam sanubari dan tindakan. Maka kerjasama dgn NGO seperti majlis perwakilan penduduk yg mempunyai bajet tersendiri dialu alukan. Berurusan dgn exstudent sekolah ini sendiri iaitu Sharuni memudahkan urusan menjadi kenyataan. 

Memang menarik ceramah motivasi ini kerana tidak berhenti henti audien tergelak sakan dgn celoteh yg bersahaja dan mencuit hati. Baru saya tau kenapa dipanggil Samsul Debat sebab memang beliau mempunyai aura debat hingga byk latarbelakang pencapaiannya dalam aktiviti debat. 
















Samsul debat live in our school !
Thanks Sharuni for make it true !

 

Telegram Channel