20 September 2016

Pembentangan Dan Cabutan Undi Pengurusan Terbaik Kaunseling Kebangsaan SMK Cheras

Hari ini geng guru kaunseling ke Batu Gajah, Perak di Akademi Pembangunan Belia. Seawal pukul 7.15 pagi kami ke Perak dgn memecut laju huhuhu rasanya kena speed trap sbb taklimat dan cabutan undi pada pukul 10.30 pagi. 
Cabutan undi saya pada nombor 2!!
Wahhh hari ini untuk pengurusan kaunseling manakala Padali mendapat cabutan undi nombor 12 esok. Dup dap dup dap huhu
Dokumentasi dan CD diserahkan sebaik sahaja selepas cabutan undi
Jadual masa saya ialah pada pukul 3 petang sbb dselangselikan dengan undi sekolah rendah. Kami sgt terkejar kejar mencuba pemasangan lap top dan terkejar kejar mendapatkan bilik pula untuk menukar baju tup tup lepas solat partner Padali telefon ada perubahan undian. 6 Sekolah menengah terlebih dahulu dan wahhh kelam kabut berlari lari pulak ke tempat pertandingan dan belum dapat bernafas dgn teratur juri dah panggil..huhuhuhu.

Bilik pembentangan untuk pertandingan pengurusan kaunseling sekolah rendah dan sekolah menengah terletak di bilik kuliah 12. Dengan 3 orang hakim yang mana ketua juri ialah Profesor Madya Dr Rusnani orang kuat PERKAMA. 

Antara soalan yang ditanyakan kepada saya ialah
1) Penglibatan alumni dalam perkhidmatan UBK
2) Mengapakah isu histeria dikaitkan dengan sumbangan dan kepakaran?
3) Apakah penambahbaikan yang dijalankan oleh UBK?
4) Apakah itu sistem e-klien?
5) Bagaimana blog saya nurhaizachemat.blogspot itu membantu perkhidmatan kaunseling?
6) Apakah program lain yang meningkatkan kemenjadian murid?

Orait saya share di sini suasana di sana

Oh my butterfly
Run away...












 

Telegram Channel