8 September 2016

Pemurnian Bahan Pertandingan Kaunseling Dan Disiplin Terbaik Ke Kebangsaan

Hari ini semua kontigen WPKL yg akan mewakili KL dalam kategori masing masing menjalankan pemurnian bahan pertandingan untuk perkhidmatan bimbingan kaunseling dan disiplin di sekolah saya. Juri yg terlibat dalam penghakiman yang lepas juga turut hadir dalam membantu para peserta pertandingan membaiki kelemahan masing masing. Pegawai PPW juga turut hadir bersama pegawai JPN iaitu Pn Hanita dan En Rofii. Wah bersemangat pula tahun ni bila bimbingan menjalankan pembentangan dibuat secara bengkel sblm hari pertandingan dan selepas pertandingan pula dibimbing untuk pemurnian bahan ke peringkat kebangsaan. Terima kasih boss atas keprihatinan anda. 
Teringat tahun lepas..terkontang kanting syok sendiri buat bahan pertandingan tanpa guide dan lepas pertandingan JPN pulak , juri bagitau kelemahan yg dibaiki masa tu juga. Saya kena google dan study sendiri kekuatan pembentangan dari power point sblm sblm ni. Sebab tulah saya rajin upload di blog supaya ada guideline utk gbk yg menyertai pertandingan ini pada masa akan datang.
Hari ini team UBK saya membantu membuat graf dan mencari bahan sokongan seperti sijil anugerah dan kecemerlangan, skpm, spsk untuk dijadikan bukti pengesahan dari pemantau atau nazir.
Supaya team KL akan dapat top 5. Good luck semua :)

Musuh utama ialah ketakutan!
Kamu takkan dapat kalahkan
Apa yang kamu takuti



Bersama pegawai PPW Pudu : En Rohaidatul Akmal





 

Telegram Channel